Pages

Wednesday, September 30, 2015

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :
@qyrabeautycare

Atie nak tag:
mardiah diana
cik mimi
aeinna musa


Semoga Berjaya!!

Sunday, September 27, 2015

Wednesday, September 23, 2015

Wordless Wednesday #2 : Hello Kitty Mcd

Assalamualaikum

Boss belikan kat Atie, tapi boss x balik sini lagi.. kena tunggu.. *happy



Salam Sayang,
Atie

Tuesday, September 22, 2015

Raya Mood

Assalamualaikum

Masih lagi berkerja walaupun Bandar Kota Bharu sudah di penuhi dengan perantau2 yang balik bercuti.. Bila pergi kerja dan balik kerja jem, tu tandanya mood holiday dah datang.. Masing-masing dah balik kampung..

Nak kerja pun x de mood dah sekarang.. Anak-anak buah Atie yang 3 orang tu dah ada kat rumah.. Malam je baru dapat main dengan diaorang.. Sobs.. Sobs.. Sobs..

Semua dah start cuti ke?? Atie masih bekerja dan esok pun bekerja.. Ingat nak ambik je cuti esk.. X sanggup nak redah jem bila balik kerja.. Pagi-pagi x jem sangat, semua bangun lambatkan.. Yang teruk, bila waktu petang masa balik kerja.. Stress kot. Apa la yang best sangat kat Kota Bharu ni?? Confuse jap!!
Atie memang x leh ambil cuti esok sebab ada appointment dengan client pukul 10pagi.. Tapi nak try mintak balik awal la, sebab x sanggup nak redah jem.. Atie tau, bila 1 hari sebelum raya, bandar KB memang jem gilerrr.. Yang tu memang x sanggup dah.. Kalau balik pada jam 6 ptg, pukul berapa la sampai rumah..

Jem dekat KB ni, x ada la seteruk KL sampai berjam-jam lamanya.. Tapi bagi kami yang x biasa hadap jem hari2, jem yang ambil masa 1 jam pun dah dikira sangat lama tau.. Stress je..

Oklah, Atie nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA kepada semua.. Selamat mengejar lembu-lembu.. Wish awal-awal, takut x sempat update dah..

Yang balik kampung tu, HATI-HATI DI JALAN RAYA!!




Salam Sayang,
Atie

Friday, September 18, 2015

Homemade Lokcing

Assalamualaikum

Atie memang suka sangat makan lokcing.. Setiap kali ikut Ummi pergi pasar, confirm akan beli lokcing ni.. Kalau x pergi pun, siap kirim kat adik.. X beli merajuk tau.. hahaha. *childish
Kalau beli, mesti kena beli banyak, sebab nanti ada suara2 belakang mintak nak juga.. Kalau ada suara2 belakang ni la kena beli banyak2.. Nanti frust sebab x cukup nak makan..

Bila suka makan, rasa nak buat sendiri la.. Konon2 boleh makan sebanyak yang boleh.. Buat sendirikan, kita buat banyak2.. Makan sampai muntah.. Hahaha.
Itulah angan-angan pada awalnya.. Tapiii...........................................

Atie buat memang jadi.. Tapi x selembut macam kat kedai la.. Atie pun x tau kenapa x lembut dan x naik.. Mungkin letak ikan banyak.. Yang kat kedai, nak jimatkan ikan letak sikit je.. Yang banyak tu tepung.. Atie ikut satu2 resepi.. Tapi ok lah, tetap jadi lokcing tapi versi keropok lekor.. hahaha


Sos sedap, sama dah dengan rasa yang kedai.. Tapi kaler hijau sebab kaler merah x ada.. hahaha. Ni di namakan lokcing with green sauce..

First time and last Atie buat bukan sebab x jadi, tapi penat sangat.. baik beli la, sedap dan cepat.. Atie kalau benda2 susah ni, sekali buat dah ok.. hahaha. Rumah Atie xde food processor, so lepas asingkan isi dengan tulang, terpaksa la cincang pakai tangan.. Nak asingkan tulang pun dah ambil masa yang lama, lepas tu nak cicang bagi halus lagi.. Stress!!! Atie bagitahu ummi "beli la ummi, senang, cepat dan mudah". Ummi gelak je..

Kawan2 nak resepi?? Sila-sila la google yea.. hihihi. Sebab malas dah buat, x save la resepi tu.. Maaf yea..



Salam Sayang,
Atie

Thursday, September 17, 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

Assalamualaikum

Blogger Anies ada anjurkan GA, yang bestnya hadiah tudung Aidijuma.. Atie baru je berjinak-jinak dengan Aidijuma ni.. So excited la tengok hadiah..

Jom semua join!! Klik Banner kat bawah



Syarat penyertaan mudah saja:
1) Follow blog Anies (done)
2) Buat 1 entry bertajuk "TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES" dan ceritakan apa-apa sahaja pengalaman / cerita menarik mengenai tudung / selendang dan seumpamanya (done)
3) Boleh sertakan gambar jika berkaitan (xde gambar, sebab dah buang shawl tu)
4) Letakkan banner di atas dalam entry dan link kan semula ke blog Anies (done)
5) Sertakan link entry penyertaan di blog Anies. (done)


Cerita menarik mengenai tudung??!! hmmmm apa yea..

Oklah, baru ingat 1 cerita ni.. Masa malam sebelum raya.. Tahun x ingat la bila, tapi yang pasti masa sekolah menengah.. Atie biasa raya untuk 1 baju raya akan ada 2 tudung, 1 shawl dan 1 lagi bawal.. Shawl Atie pakai time raya je, lepas raya terus simpan dalam almari.. Tunggu next raya akan pakai lagi.. Tu pun kalau match dengan baju.. Kalau x, alamaknya terperuk dalam almari la.. Atie kalau jalan-jalan, x suka pakai shawl, pakai bawal je.. Rasa rimas dan biasa nak cepat.. Takut Abah tinggal.. Abah Atie tu jenis x suka tunggu-tunggu.. So, takut kena tinggal pakai bawal la senang.. Shawl lambat, nak kena belit2 lagi..

Berbalik kepada cerita, malam sebelum raya tu, semua pakat-pakat iron baju untuk pakai keesokan harinya.. Atie pun sama la.. Iron baju dengan shawl.. Atie dari dulu lagi selalu ada problem kalau Iron baju, mesti ada je bau something.. Ala bau tu la.. Yang tu!! Yang tuuu.... Alaaaa, x kan x faham-faham lagi.. Bau hangit sebab terbakar la... Waaaaaa~ nangis kuat2.. Sebelum tu, Ummi Iron dulu.. Lepas je Ummi iron, Atie ambil turn.. Angkat je iron and letak atas shawl, terus lekat.. Waaaaa~ nangis lagi. Menjerit la.. Ummi tanya kenapa?? Atie tunjuk je, dah berlubang shawl tu.. Shiffon shawl kan.. Senang je nak terbakar.. Esoknya, memang pakai tudung bawal la.. Nasib la ada backup.. Tapi rasa sedih sangat2, sebab x leh bergaya pakai shawl.. hukhukhuk.

Tulah kisah sedih dari Atie.. Sampai sekarang Atie trauma kalau Iron baju.. Max Atie guna iron No 2 je.. Atie pun pelik, Ummi relex je iron baju guna kepanasan no3.. Atie kalau no3 confirm terbakar.. Dah banyak kali, nasib hari tu baju cotton.. Dia x berlubang, tapi lekat hitam sikit je.. Yang paling tragis, pasal shawl tu la.. sadisss

Eh, terpanjang pulak.. Maaf.

GA berlangsung dari 14 sept 2015 - 24 sept 2015

Salam Sayang,
Atie.

Tips Penjagaan Kura-Kura

Assalamualaikum

Selamat kembali bekerja selepas 1 hari bercuti.. Walaupun dapat cuti 1 hari, happy je kan.. 
Hari ni Atie nak bagi tips pasal penjagaan Kura-kura.. Dulu Atie ada sekor kura-kura, tapi dah mati.. Mungkin penjagaan dia x betul.. Sebab kura-kura ni sensitif..

Baru-baru ni, adik Atie bawa balik lagi sekor kura-kura.. Atie pun google la penjagaan kura-kura dengan betul.. X nak dah bagi dia mati.. Sedih..

Ni kat bawah ada beberapa tips.. Kawan-kawan pun boleh ikut cara penjagaan yang betul :-
  1. Tukar air bila rasa air tu dah bau busuk.. Jangan biar air kotor terlalu lama, sebab kura-kura akan menjadi tidak aktif.. X perlu tukar setiap hari, tapi kalau rasa air tu dah bertukar warna, cepat-cepat la tukar.. Akuarium pun kena pastikan sentiasa bersih.
  2. Sediakan tempat untuk berjemur  macam batu atau pasir yang korang timbun menjadi tempat yang tinggi dan kering.. Sebab kura-kura ni suka berjemur dan perlu berjemur.. Ada waktu kat air ada waktu kat darat.. Kura-kura Atie kadang-kadang dalam air je, so Atie letak dalam bekas kering untuk dia berjemur seketika di bawah cahaya matahari atau lampu..
  3. Cengkeram dia kena pastikan bersih dari lumut.. Setiap kali mandikan kura-kura, kena pastikan cengkeram di berus.. Jangan pakai sabun pulak tau.. Sebab akan menyebabkan cengkeram menjadi lembik..
  4. Jangan jadikan kura-kura tu haiwan pemalas.. Sesekali kena letak dia di luar akuarium untuk dia berjalan-jalan dengan bebas.. Kura-kura Atie mula-mula dulu pemalas juga, bila letak kat luar je terus menyorok dalam cengkeram.. Tapi lama-lama ok dah.. Boleh merayap sana-sini.. Tapi alert la jugak jangan sampai hilang..
  5. Bagi makan dua kali sehari.. Kura-kura Atie makan udang kering je.. Bila bagi makan pallet yang beli tu, dia x makan.. Risau juga, takut dia x cukup zat.. Nak buat macam mana, dia x nak makan.. Tapi Atie akan letak juga sebjik pallet tu, mana tau dia makan sikit-sikit.. Actually kura-kura ni boleh je bertahan kalau korang tak bagi makan pun.. Tapi macam mendera pulak bila x bagi makankan.
  6. Kena menggunakan air anti-chlorine untuk kura-kura ni.. Kalau korang guna air paip kena letak la anti-chlorine..
  7. Selalu main dan belai kura-kura.. Haiwan ni pun ada perasaan juga tau.. Nanti dia akan jinak dan kenal tuan dia.. Kura-kura ni suka menggigit juga walaupun kecik.. Jangan pulak main-main kat mulut dia, nanti x pasal-pasal kena gigit..



Harap-harap, tips kat atas dapat membantu kawan-kawan yang pelihara kura-kura.. Kalau ada tips penting yang Atie x buat boleh bagitahu Atie yea.. Atie pun nak pastikan Kura-kura Atie sihat dan membesar dengan jayanya...



Salam Sayang,
Atie


Wednesday, September 16, 2015

Wordless Wednesday #1 : Warna-warni Karipap

Assalamualaikum

Jemput Tengok!!


Salam Sayang,
Atie

Sunday, September 13, 2015

Antara Makanan yang Best di Kelantan

Assalamualaikum

Selamat Datang ke Kelantan.. Eh! Eh!!

Antara makanan yang best kat Kelantan nak tahu x apa??

nin diaaaa...................



ETAK!!




Sedap tau etak ni.. Cara masak dia, salai ataupun jemur.. Kalau Atie, suka yang jemur.. Tapi sekarang jarang dah orang jemur, semua salai je.. Cuaca x menentukan sekarang.. Kalau jemur pun x sempat masak, dah di timpa hujan.. nayaa tu.. hehehe. Etak ni di perap dengan rempah2 sebelum di salai.. Lagi lama perap, lagi sedap.. Sebab rempah2 masuk ke dalam semua..

Cara makan dia, kena buka pakai gigi tau.. Kalau x pandai, confirm pecah semua cengkerang dia.. hahaha. Bagi yang x pandai buka, boleh je pakai pisau.. Tapi kena hati2 la, takut terkena tangan lak.. Sebab dengan pisau pun ada yang x reti nak buka.. Last2, mampu tengok je.. Hahaha

Siapa2 yang datang Kelantan jangan lupa cuba tau!! ETAK!!


Salam Sayang,
Atie


Friday, September 11, 2015

Aiskrim Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk pertengahan bulan 10 dah.. Kejap je masa berlalu.. Raya Aidiladha pun x lama lagi.. Kad2 undangan majlis perkahwinan dari kawan2 pun berpusu2 datang.. Besar2 dah semua, dah sampai masa untuk kawin.. Diri sendiri?? Terlupa kejap yang semua sebaya je.. Selalu je perasan muda.. hahaha

Hari ni Atie ada pergi kenduri sedara.. Macam2 menu ada.. Yang best ada aiskrim zaman kanak2 dulu.. x tau biasa orang panggil aiskrim apa.. hehehe


Atie memang suka aiskrim ni.. Rasa aiskrim tu yang lain dari yang lain.. Susah nak jumpa dah aiskrim ni sekarang.. Biasa orang jual aiskrim ni pakai basikal atau motor.. Tiap2 petang, akan dengar bunyi loceng motor.. Dari jauh pun dah tau bunyi loceng tu, sempat la cari duit nak tunggu depan rumah panggil orang jual tu.. Hahaha. Best je bila ingat balik..

Kat tepi pantai pun biasa ada jual juga.. Tapi sekarang x ada dah kot.. Sekarang orang jual aiskrim dah canggih.. Dengar je lagu "Mat Kool, Mat Kool!!" x pun lagu ni "Paddle Pop, Paddle Pop!!". Confirm ada orang jual aiskrim kat depan.. Tapi aiskrim ni, kat kedai2 pun berlambak jual.. Yang traditional ni yang susah nak jumpakan..

Kadang2 ada juga jumpa kalau pergi pantai.. Tapi Atie dah x beli la.. Rasa geli pulak nak makan.. Masa kecik2 dulu hentam je semua.. Bila besar ni macam2 otak fikir.. Atie selalu je fikir, orang jual tu cuci x tangan bila pegang cone aiskrim.. Ada juga yang pegang pakai tisu, tapi jarang la.. Tu yang x beli dah sekarang.. Nasib masa kenduri, Atie yakin dengan kebersihan orang yang buat tu.. So, siap ulang beberapa kali ambil aiskrim tu.. hahaha. Kalah budak-budak. 



Salam Sayang,
Atie



Tuesday, September 8, 2015

Resepi : Somtam

Assalamualaikum

Atie ni penggemar Somtam.. Kalau g Expo makanan Thai, wajib beli somtam.. Lagi pedas, lagi sedap.. Yang tu trademark untuk somtam.. hahaha. Betul, Atie x tipu.. Somtam ni, kalau x pedas, x sedap..

Last Saturday, Atie teringin sangat makan Somtam.. So gi la Tesco cari betik muda.. Sekarang memang susah nak dapat betik muda.. Hari tu, Abah ada tanam betik.. Tapi bila banjir, terus mati pokok tu.. X sempat menikmati buaH dia yang merimbun.. Sadisss betui..

Ni Atie nak kongsikan resepi yang simple. Atie bukan pandai masak pun, so kena cari benda2 yang simple la..


Bahan-bahannya

1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula thai (kalau x ada, pakai yang biasa tu pun ok)
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
carrot (Kalau nak bagi cantik boleh letak, tapi Atie x letak pun)
kacang panjang
tomato

p/s : Bahan-bahan tu, mengikut rasa hati sendiri.. hehehe


Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu (Atie pakai lesung batu je).
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering, jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan tomato, kacang panjang betik muda dan carrot.
  3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran. (tumbuk sekejap je)
  4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Maaf comot.. Lepas kacau2 semua, terus snap pic


SELAMAT MENCUBA!!


Salam Sayang,
Atie

Monday, September 7, 2015

My baby boy

Assalamualaikum

Sekarang ni masih busy lagi.. Mood nak update pun x ada sebab otak fikir pasal nak settle kerja je.. Ni pun banyak lagi x siap.. Nak buat macam mana, kena ambil masa yang panjang la.. Sebab kena settle dari awal...
Hmmmm..................................... Stressss

Sebelum-sebelum ni Atie ada cerita pasal 2 orang anak buah Atie kan.. So nak bagi adil, hari ni nak story pasal anak buah Atie yang laki ni pulak.. Aliyy Al Fayyadh, anak dari abang Atie.. Umur dia berapa yea sekarang?? Atie pun malas nak kira.. Dia lahir 23 Nov 2014.. Kira sendiri lah.. Hahahaha

Fayyadh ni manja.. Yela, Walid dia aka abang Atie suka manjakan dia.. Baru anak sorangkan.. Harap nanti besar jangan la manja sangat, x gentleman la kalau lelaki manja nih.. hihihi. Fayyadh ni x rapat sangat dengan Atie sebab jarang balik kampung.. Abang Atie mengajar kat Ipoh, so cuti sekolah jelah dia balik.. Nanti kita jumpa Raya nanti yea Fayyadh.. C.chik Rindu Fayyadh!!


Hi!! saya la si hensem Fayyadh

Sweet je senyum


Masih takut2 swimming, lepas tu happy je





Salam Sayang,
Atie


Sunday, September 6, 2015

Kongsi Ilmu : Haram sebelum menjadi Halal

Assalamualaikum

(MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : So what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN


Credit : Facebook (xtau fb siapa)


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, September 1, 2015

Makan tak kenyang, Tido tak lena

Assalamualaikum

Pe khabar semua?? Dah habis cutikan?? So bekerja la dengan penuh semangat.. Cewah!! Kena ada semangat berkobar-kobar.. Baru sambut Merdekakan..

Tajuk Atie bukan main lagi hari ni.. Macam orang putus cinta je kan.. hehehe. Sebenarnya Atie stress dengan kerja.. Sangat2 stress!! Tu yang sampai tido pun x lena, makan pun x kenyang.. Eh, makan kenyang je.. Lapar sangat duk buat buat kerjakan.. Tido x lena tu, hmmmm.. Kalau fikir sangat pasal kerja memang x lena la, tapi kalau x fikir lena je sampai 10 jam boleh tido tau.. hahaha

Atie memang stress sangat pasal kerja sebab tiba2 terpaksa audit balik akaun 2 tahun lepas di sebabkan ada masalah.. Setiap kali nak audit, memang stress.. Ni nak audit yang 2 tahun lepas.. Semua file dah masuk kotak lepas tu masuk stor lagi.. Memang kena korek balik la.. Kerja Atie kena settlekan masalah tu sebelum di audit balik.. Hmmmm, memang stress..

Nak buat entry kat blog pun x ada idea dah.. Otak penat fikir pasal kerja.. Ni pun, kerja tolak tepi jap.. Otak nak rest.. Nak blogwalking pun x ada masa.. tapi kadang2 sampai ofis je, blogwalking sekejap.. Cari semangat nak start buat kerja..


Erkkk!!!??



Salam Sayang,
Atie