Pages

Tuesday, September 8, 2015

Resepi : Somtam

Assalamualaikum

Atie ni penggemar Somtam.. Kalau g Expo makanan Thai, wajib beli somtam.. Lagi pedas, lagi sedap.. Yang tu trademark untuk somtam.. hahaha. Betul, Atie x tipu.. Somtam ni, kalau x pedas, x sedap..

Last Saturday, Atie teringin sangat makan Somtam.. So gi la Tesco cari betik muda.. Sekarang memang susah nak dapat betik muda.. Hari tu, Abah ada tanam betik.. Tapi bila banjir, terus mati pokok tu.. X sempat menikmati buaH dia yang merimbun.. Sadisss betui..

Ni Atie nak kongsikan resepi yang simple. Atie bukan pandai masak pun, so kena cari benda2 yang simple la..


Bahan-bahannya

1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula thai (kalau x ada, pakai yang biasa tu pun ok)
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
carrot (Kalau nak bagi cantik boleh letak, tapi Atie x letak pun)
kacang panjang
tomato

p/s : Bahan-bahan tu, mengikut rasa hati sendiri.. hehehe


Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu (Atie pakai lesung batu je).
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering, jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan tomato, kacang panjang betik muda dan carrot.
  3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran. (tumbuk sekejap je)
  4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Maaf comot.. Lepas kacau2 semua, terus snap pic


SELAMAT MENCUBA!!


Salam Sayang,
Atie

9 comments:

Normi Nieza said...

erm..sdap tu..:)

Hajar Shikin said...

Tak pernah rasa lagi, boleh try buat ni =)

saadiah muji said...

Macam nak try le...

Inginkan kulit muka jadi sekata? Temui ramuan baru dengan Kalogen Sisik Ikan

Ismaliza Yahya said...

kena cuba ni hehe

jasmarina jasni said...

wahh buat somtam sendiri? tabik sikit hehehe

Lynn Damya said...

Salam, wah pandai buat sendiri..hehe first time makan somtam, owh camni rasanya..xtaulah maybe kedai tu buat xsedap sgt..haha so sy lebih suka kerabu mangga..hehe

Cinta Hawaa said...

try la kawan2 buat.. sedappp

Syah said...

jom join ga ni..

hadiah rm200 menanti anda!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

Liza Mustafa said...

sdapnyeee