Pages

Thursday, October 18, 2018

Kongsi Ilmu : Muslim

Assalamualaikum

Mayor of London ... MUSLIM 
Mayor of Birmingham ... MUSLIM
Mayor of Leeds ... MUSLIM
Mayor of Blackburn ... MUSLIM
Mayor of Sheffield ... MUSLIM
Mayor of Oxford ... MUSLIM
Mayor of Luton ... MUSLIM
Mayor of Oldham ... MUSLIM
Mayor of Rochdale ..... MUSLIM.

Now all UK schools are ONLY serving HALAL MEAT !

All this achieved by just 4 million Muslims out of the 66 million population !!!

This is an eye opener

Here Hamza Yakasai Quotes regarding Islam, by some Western philosophers 

1. Leo Tolstoy (1828-1910)
"Islam will rule the world one day, because in it there is a combination of knowledge and wisdom".

2. Herbert Wells (1846-1946)
"Until the effectiveness of Islam again, how many generations will suffer atrocities and life will be cut off  ?  Then one day the whole world will be attracted to it, on that day there will be PEACE  and on that day the world will be inhabited again .

3. Albert Einstein (1879-1955)
"I understand that the Muslims did it through their own intelligence and awareness which the Jews could not do. In Islam it is the power that can lead to peace".

4. Huston Smith (1919)
"The faith which is upon us now and which is better than us in the world, is Islam. If we open our hearts and minds for it, then it will be good for us".

5. Michael Nostradamus (1503-1566)
"Islam will be the ruling religion in Europe, and the famous city of Europe will become the Islamic State capital."

6. Bertrand Russell (1872-1970)
"I read Islam and realized that it is to be the religion of all the world and all humanity. Islam will spread throughout Europe and in Europe the big thinkers of Islam will emerge. A  day will come when Islam will be the real stimulus of the world. ".

7. Gosta Lobon (1841-1931)
"Islam only talks about peace and reconciliation. Invite Christians to appreciate the faith of reform."

8. Bernard Shaw (1856-1950)
"The whole world will accept Islam religion one day and if it can not even accept the real name, it will accept it by a  name of metaphor. West will accept Islam one day and Islam will be the religion of those who have studied in the world. "

9. Johann Geith (1749-1832)
"We all have to accept Islam religion sooner or later. This is the real religion. If I am called a Muslim, I will not feel bad, I accept this as a  right thing."



Credit: copy paste


Monday, October 1, 2018

Resepi Tauhu Bergedil

Assalamualaikum



Bahan-bahan:
4 – 5 biji kentang
Ayam/daging kisar
Bawang besar holand (potong dadu kecil)
Bawang goreng
Daun sup (hiris halus)
Lada merah besar (hiris halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Garam gula (secukup rasa)
Telur 
Tauhu Goreng

Cara Buat Tauhu Begedil:
  1. Rebus atau goreng kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong wedges supaya cepat masak.. Atie suka goreng berbanding rebus sebab rebus kentang jadi agak berair berbanding goreng yang lebih kering.
  2. Goreng dengan sedikit minyak isi ayam/daging kisar dengan sedikit serbuk perasa sehingga masak.
  3. Kentang di tumbuk atau di lenyek dan masukkan garamgula, lada hitam.
  4. Gaulkan kentang, isi daging yang dimasak, bawang besar, bawang goreng, daun sup dan lada merah tadi bersama hingga serasi. Pakai tangan senang.
  5. Masukkan sedikit telur. Jangan terlalu banyak, takut lembik.*ikut keadaan. Gaul sebati.
  6. Gunakan pisau/gunting untuk memotong sedikit bahagian atas tauhu. Keluarkan isi tauhu dan campur isi tadi dengan bergedil tadi.
  7. Sumbat bergedil kedalam tauhu. Jangan sampai terkeluar.
  8. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
  9. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Potong macam ni

Sebelum di saluti telur

Untuk Sos Kicap Manis:
Cili padi
Kicap
Bawang Putih 1ulas
Garam
Sedikit cuka/perahan limau.

- Blend semua..

Selamat Mencuba!!

Sunday, September 23, 2018

Trio Air Fryer

Assalamualaikum

Adam asyik je tanya Ummi nak tak air fryer.. Tiba-tiba je nak belanja.. Tapi Adam biasa lepas balik dari kerja memang akan belanja Ummi sesuatu.. Dia kata anak solehkan... hmmm.. ye kan je...

Adam dia kerja atas kapal, so duit gaji every month memang x terusik la kecuali bila naik ke darat.. Bila kat darat, shopping bukan main lagi.. Tapi dia banyak belanja family la.. Bila dia ada, boleh la request nak makan benda mahal-mahal.. Si kakak pandai ambil kesempatan je.. Hahaha

So berbalik kepada Air Fryer, lepas survey beberapa tempat maka terbeli la Trio Air Fryer.. Survey untuk cari yang murah dan berbaloi.. Tak sempat pun nak study dulu kat internet.. Adam bila nak beli benda, terus nak sekarang.. Tu yang terus survey kat kedai..

Tengok brand lain macam mahal sangat.. Philips confirm la harga RM1+++, ada juga RM8++.. Tapi still mahal..Panasonic pun RM5++.. Still mahal lagi.. Lepas survey beberapa kedai, last-last jumpa juga yang murah dan berbaloi-baloi.. Trio Air Fyer RM220.. Murah

Sebelum beli tu, Atie pergi beberapa kedai kat area KB ni, macam G-Orange Mall, SenQ, Pasific dan Mydin.. Semua tempat dah survey, tapi x jumpa yang under budget.. Kalau ikutkan Adam, RM5++ dia boleh sponsor lagi, tapi rasa x berbaloi la beli air fryer mahal-mahal.. Tak tau lagi kan best ke x guna.. Kalau tak guna, kan bazir je beli mahal-mahal..

Atie beli kat kedai Sharp depan Nasi Abg Mi kat traffic light Taman Maju.. Siapa-siapa orang KB nak cari juga, boleh la pergi kedai tu.. Atie rasa kat kedai tu harga ok juga.. Lepas survey beberapa kedai, yang tu rasa murah.. Atie ada survey juga Philips Easy Touch Garment Steamer, harga lagi murah dari kedai sebelum-sebelum ni Atie pergi.. Tapi untuk Garment Steamer tu Atie beli brand lain.. Yang tu Atie x test lagi, nanti Atie try buat review pasal product tu pulak..



Untuk Air Fryer, akhirnya memilih brand TRIO.. mungkin kat online macam lazada dapat harga lagi murah la.. Tapi lepas tambah postage, harga lebih kurang je.. 


  • Adjustable timer & temperature control
  • Convenient handle design
  • Detachable frying basket with protection cover on release button
  • Rapid air technology for healthier frying
  • 2.6L Capacity
  • 80-200ºC temperature setting
  • 30 minute timer
  • Cool touch handle
Di sertakan sekali manual untuk menggunakan air fryer ni dan  ada juga setting masa untuk menggoreng ayam, nugget dan macam-macam lagi..

Setakat ni Atie sangat berpuas hati menggunakan air fryer ni.. Memudahkan kerja juga.. Pagi tadi Atie goreng nugget.. Masukkan dalam air fryer set masa dan boleh la pergi mandi atau buat kerja lain.. Siap je, dah boleh makan.. Sangat menyenangkan kerja dan tidak lagi terpercik minyak.. hehehe.

rasa nugget lebih sedap dari goreng pakai minyak sebab x menyerap minyak
(12 minit je)

ayam berempah
(15 minit.. tengok saiz ayam juga)

Kalau rasa nak start makan healty food, boleh la beli 1.. lepas ni goreng-goreng tak payah pakai minyak dah.. Healty sangat.. Apa-apa brand pun tak kisah yang penting 'no more oil'.. Hahaha



Tuesday, September 18, 2018

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Assalamualaikum


Dah lama Atie x join giveaway.. So kita start balik untuk menambah kenalan.. Syarat-syarat pun simple je..

SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog anasuhana.com.

2. Follow IG Ana Suhana di SINI.

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini. Kalau tak, Ana tak dapat detect penyertaan korang.

5. Good luck and all the best to all 😍.

Monday, September 17, 2018

Tetiba rajin masak

Assalamualaikum

Tiba-tiba pulak Atie rajin post pasal resepi kan.. Biasanya resepi-resepi yang Atie post, semua Atie try masak dulu.. Lagipun bila post kat sini senang nanti Atie sendiri nak rujuk..

Atie bukan rajin masak dan sangat jarang masak.. Ni tiba-tiba rajin sebab UmmiAbah pergi menunaikan Ibadah Haji.. Atie la yang kena jaga adik-adik kat rumah.. Tu yang tetiba rajin masak.. Hahaha.. Kalau tak... Hmmmmmm, jangan harap serajin ni..

Sejak UmmiAbah xde, Atie la yang kena rajin turun padang masak untuk adik-adik.. Biasa weekend terlebih rajin la.. Kalau weekday penat balik kerja kan, jadi malas sikit.. Kalau Atie masak pun just nasi goreng je.. Tu pun kalau rajin la.. kalau malas, beli kat kedai je.. hikhikhik.

Kadang-kadang kesian juga dekat adik-adik, asyik-asyik nasi goreng.. Tu sebab Atie beli makanan kat kedai kadang-kadang, takut diaorang bosan makan nasi goreng.. Tapi A'zim dia bagitahu x kisah pun nasi goreng hari-hari.. Masa study dulu pun hari-hari nasi goreng.. Dah biasa makan menu sama hari-hari.. Dengar je dia cakap macam tu, fuhhhh..... lega la.. 

Ok.. lepas ni, hari-hari nasi goreng la... Hahahah

kami 4 beradik penjaga rumah

Thursday, September 13, 2018

Resepi Nasi Air Kelantan

Assalamualaikum



Bahan-bahan Sup:
Ayam bahagian dada
* Bawang putih (ditumbuk halus)
* Lada Hitam (ditumbuk lumat)
* Bunga Lawang 
* Halia (ditumbuk kasar)
* 1 biji bawang besar (dibakar dan di belah 4)
* Serai (di ketuk)
* Akar Daun Sup
* Pati Ayam
* Garam Gula secukup rasa

Sambal Cili:
Cili Padi
Bawang Putih
Cuka

Bahan-bahan sampingan:
Ikan Bilis goreng
Tauhu goreng dan hiris kecil-kecil
Daun Sup
Bihun – digoreng (tapi Atie x letak, malas nk goreng.. hehehe)
Minyak bawang putih



Cara-cara:
  1. Rebus Ayam sehingga masak dengan air yang banyak. Air tu akan digunakan untuk membuat sup.
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan masukkan semua *bahan-bahan untuk sup. Dan bila rasa semua dan lengkap boleh tutup api.
  3. Untuk Sambal cili, bland semua bahan-bahan dan di perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ayam yang di rebus tadi, di carik-carik untuk di makan bersama nasi air.


Untuk nasi, masak macam biasa tapi lebihkan air.. mungkin 2,3X lebih dari biasa.. Bila nasi baru masak, kacau-kacau untuk menghancurkan nasi dan tambah air sikit kalau xnak dia berketul atau melekat-lekat.

Selamat Mencuba!!



Monday, September 3, 2018

Resepi Daging Bakar "Harimau Menangis" @ "Sua Rong Hai"

Assalamualaikum



Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam) :

1. Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap - ketebalan daging 1.5cm (anggaran Atie)
    - cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap
2. gula
3. sos ikan (nampla)
4. sos tiram
5. myk masak
6. lada hitam

agak-agak je tau xde sukatan

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging :

1. sos ikan (nampla)
2. air asam jawa
3. jus limau nipis
4. thai palm sugar
5. serbuk cili thai (kalau x cukup pedas, boleh tambah cili padi tumbuk)
6. bawang merah
7. beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
8. daun saderi (hiasan)

Selamat mencuba..

Gambar masa grill daging x ada.. tengah kelam-kabut buat sos..



Wednesday, August 15, 2018

Vietnamese Spring Roll

Assalamualaikum


Bahan-bahan
Rice Paper (aeon atau tesco ada)
Isi ayam - di rebus dengan sikit garam dan herb (bagi ada rasa sedap sikit)
Udang - dicelur dan dibelah dua (Atie x letak sebab lupa beli)
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina – secukupnya *
Daun Ketumbar – secukupnya *
Timun - dihiris memanjang
Carrot - dihiris nipis dan memanjang
Daun selasih - secukupnya
Bihun - dicelur dan toskan

*Bagi Atie daun ni mesti ada untuk rasa yang betul.. Kalau xde, rasa macam kosong sikit Vietnamese Spring Roll kita. 

Cara membuat popia
Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper.. Celupkan rice paper tersebut dalam mangkuk     air.. Buat sekejap je sebab rice paper senang koyak kalau terlalu basah dan susah nak roll..
Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan.. Susun daun salad, bihun, isi ayam dan semua bahan-bahan tadi (letak dalam 2,3 helai).. Kalau guna isi udang, letak sebelum daun salad untuk nampak cantik..
Dengan berhati-hati, lipat rice paper macam melipat popia atau gulung ketat.. Atie gulung je, Nampak lawa sikit..
Buat sampai habis dan sedia untuk dihidang..



Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi (ditumbuk)

Cara membuat sos
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak sekejap sehingga gula larut.

** Cara malas, Atie beli sos cili thai je.. Tapi biasa Sos Cili Thai manis kan, so Atie tambah cuka, bawang putih dan cili.. Sukatan ikut lidah sendiri.. hehehe

Atie beli yang ni kat Aeon




Tuesday, August 7, 2018

YAKULT Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah

Assalamualaikum


Wah.. Nak beli Yakult sekarang x perlu ke kedai dah.. Semua boleh beli dari rumah.. 
Macam tempat Atie, setiap hari Selasa Yakult akan datang ke rumah.. Tunggu bunyi loceng je dan dah boleh minum Yakult.. Tapi jangan lupa bayar pulak..

Harga pulak murah dari kedai, tapi biasa kat kedai kadang-kadang ada promosi, so kemungkinan dapat lagi murah la.. Cuma yang ni dapat jimat kos petrol..

Harga 
Yakult Ace - RM 3.90
Yakult Ace Light - RM4.30

Contact Number yang kat flyers tu untuk area tempat Atie, Cherang Kota Bharu.. Jangan la pulak uolls pergi call dia.. Confirm-confirm dia x kan hantar.. Hahaha. Siapa-siapa duk area Cherang Kota Bharu, boleh la call dia.. Tapi Atie x tau dia cover area mana lagi.. Mungkin boleh tanya dia la..

Monday, August 6, 2018

Cinta Hati Baru

Assalamualaikum

Hadiah birthday Atie tahun ni amat bermakna.. 
Memang xde di jual kat mana-mana...


..




..




..




..




ni dia hadiahnya




..




..

gambar masa umur 1 bulan

Anak buah Atie yang ke5.. 
Kami berkongsi tarikh yang sama 5 JUNE

Wan Emily Mikayla

Gambar masa lahir ada dalam phone lagi.. Malas nak transfer.. So letak gambar masa umur 1 bulan la.. Gambar ni masa buat photoshoot sendiri kat rumah.. Pakai phone je.. Kualiti gambar x lah gempak macam DSLR.. hmmm, nampaknya kena beli DSLR 1 ni...

kena tiru hobi kakak-kakak ni

penat layan FB

bersama Kak Icha

bersama Kakak Tasneem

Kami 3 beradik

Photoshoot sendiri, edit pun sendiri.. Terimalah dari orang yang x profesional.. Atie x belajar mana-mana pun photoshop, buat sesuka hati.. Kalau PRO tengok cara Atie edit, mesti dia geleng kepala sampai tercabut.. Hahaha.

Wednesday, May 9, 2018

Selamat Mengundi

Assalamualaikum


Hari ini adalah penentu untuk masa depan Malaysia.

Buat la pilihan yang terbaik. 

Undi adalah rahsia!!

Selamat Mengundi!!





Wednesday, April 4, 2018