Pages

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Resepi Tauhu Bergedil

Assalamualaikum



Bahan-bahan:
4 – 5 biji kentang
Ayam/daging kisar
Bawang besar holand (potong dadu kecil)
Bawang goreng
Daun sup (hiris halus)
Lada merah besar (hiris halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Garam gula (secukup rasa)
Telur 
Tauhu Goreng

Cara Buat Tauhu Begedil:
  1. Rebus atau goreng kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong wedges supaya cepat masak.. Atie suka goreng berbanding rebus sebab rebus kentang jadi agak berair berbanding goreng yang lebih kering.
  2. Goreng dengan sedikit minyak isi ayam/daging kisar dengan sedikit serbuk perasa sehingga masak.
  3. Kentang di tumbuk atau di lenyek dan masukkan garamgula, lada hitam.
  4. Gaulkan kentang, isi daging yang dimasak, bawang besar, bawang goreng, daun sup dan lada merah tadi bersama hingga serasi. Pakai tangan senang.
  5. Masukkan sedikit telur. Jangan terlalu banyak, takut lembik.*ikut keadaan. Gaul sebati.
  6. Gunakan pisau/gunting untuk memotong sedikit bahagian atas tauhu. Keluarkan isi tauhu dan campur isi tadi dengan bergedil tadi.
  7. Sumbat bergedil kedalam tauhu. Jangan sampai terkeluar.
  8. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
  9. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Potong macam ni

Sebelum di saluti telur

Untuk Sos Kicap Manis:
Cili padi
Kicap
Bawang Putih 1ulas
Garam
Sedikit cuka/perahan limau.

- Blend semua..

Selamat Mencuba!!

Thursday, September 13, 2018

Resepi Nasi Air Kelantan

Assalamualaikum



Bahan-bahan Sup:
Ayam bahagian dada
* Bawang putih (ditumbuk halus)
* Lada Hitam (ditumbuk lumat)
* Bunga Lawang 
* Halia (ditumbuk kasar)
* 1 biji bawang besar (dibakar dan di belah 4)
* Serai (di ketuk)
* Akar Daun Sup
* Pati Ayam
* Garam Gula secukup rasa

Sambal Cili:
Cili Padi
Bawang Putih
Cuka

Bahan-bahan sampingan:
Ikan Bilis goreng
Tauhu goreng dan hiris kecil-kecil
Daun Sup
Bihun – digoreng (tapi Atie x letak, malas nk goreng.. hehehe)
Minyak bawang putih



Cara-cara:
  1. Rebus Ayam sehingga masak dengan air yang banyak. Air tu akan digunakan untuk membuat sup.
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan masukkan semua *bahan-bahan untuk sup. Dan bila rasa semua dan lengkap boleh tutup api.
  3. Untuk Sambal cili, bland semua bahan-bahan dan di perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ayam yang di rebus tadi, di carik-carik untuk di makan bersama nasi air.


Untuk nasi, masak macam biasa tapi lebihkan air.. mungkin 2,3X lebih dari biasa.. Bila nasi baru masak, kacau-kacau untuk menghancurkan nasi dan tambah air sikit kalau xnak dia berketul atau melekat-lekat.

Selamat Mencuba!!



Monday, September 3, 2018

Resepi Daging Bakar "Harimau Menangis" @ "Sua Rong Hai"

Assalamualaikum



Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam) :

1. Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap - ketebalan daging 1.5cm (anggaran Atie)
    - cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap
2. gula
3. sos ikan (nampla)
4. sos tiram
5. myk masak
6. lada hitam

agak-agak je tau xde sukatan

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging :

1. sos ikan (nampla)
2. air asam jawa
3. jus limau nipis
4. thai palm sugar
5. serbuk cili thai (kalau x cukup pedas, boleh tambah cili padi tumbuk)
6. bawang merah
7. beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
8. daun saderi (hiasan)

Selamat mencuba..

Gambar masa grill daging x ada.. tengah kelam-kabut buat sos..



Wednesday, August 15, 2018

Vietnamese Spring Roll

Assalamualaikum


Bahan-bahan
Rice Paper (aeon atau tesco ada)
Isi ayam - di rebus dengan sikit garam dan herb (bagi ada rasa sedap sikit)
Udang - dicelur dan dibelah dua (Atie x letak sebab lupa beli)
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina – secukupnya *
Daun Ketumbar – secukupnya *
Timun - dihiris memanjang
Carrot - dihiris nipis dan memanjang
Daun selasih - secukupnya
Bihun - dicelur dan toskan

*Bagi Atie daun ni mesti ada untuk rasa yang betul.. Kalau xde, rasa macam kosong sikit Vietnamese Spring Roll kita. 

Cara membuat popia
Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper.. Celupkan rice paper tersebut dalam mangkuk     air.. Buat sekejap je sebab rice paper senang koyak kalau terlalu basah dan susah nak roll..
Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan.. Susun daun salad, bihun, isi ayam dan semua bahan-bahan tadi (letak dalam 2,3 helai).. Kalau guna isi udang, letak sebelum daun salad untuk nampak cantik..
Dengan berhati-hati, lipat rice paper macam melipat popia atau gulung ketat.. Atie gulung je, Nampak lawa sikit..
Buat sampai habis dan sedia untuk dihidang..



Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi (ditumbuk)

Cara membuat sos
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak sekejap sehingga gula larut.

** Cara malas, Atie beli sos cili thai je.. Tapi biasa Sos Cili Thai manis kan, so Atie tambah cuka, bawang putih dan cili.. Sukatan ikut lidah sendiri.. hehehe

Atie beli yang ni kat Aeon




Sunday, April 3, 2016

Resepi : Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum

Semalam Atie ada buat Ayam Goreng KFC.. Memang sangat sedap..


Ni resepinya...

Perap untuk 1 jam:
1 ekor ayam (potong)
7 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar serbuk cili (nak pedas, boleh tambah)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit untuk rempah senang di serap

Bahan untuk salut:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu sebuk cili
garam secubit rasa
secubit soda bikarbonat
1 biji telur

Cara-cara:
  1. Perap ayam 1 jam dengan perapan tadi
  2. Selepas itu pukul telur dan golek ayam dalam telur (untuk senang melekat)
  3. Selepas itu, golek-golek ayam dalam tepung sehingga rata
  4. Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak yang banyak (bagi ayam tenggelam dalam minyak)
  5. Boleh dimakan.. Sedapnyaaaa
SELAMAT MENCUBA!!

Salam Sayang,
Atie

Thursday, October 22, 2015

Resepi : Kueh Apam Nasi

Assalamualaikum

Hari tu Atie ada buat kueh apam nasi.. Petang tu x ada apa nak makan, tiba-tiba terasa nak makan Apam Nasi.. Atie pun godek-godek internet cari resepi yang simple.. Fuhh, nasi baik bahan-bahan yang nak buat semua ada.. Apa lagiiii.. Jom buat..


Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.. Gaul bahan tersebut dan ketepikan.. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur..

Campurkan nasi yang telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan. Biarkan adunan selama 1 jam.. Adunan akan mengembang selepas itu..

Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit..

Jangan lupa sapukan minyak di acuan supanya adunan tidak melekat..


Bila kueh dah siap, baru perasan yang kelapa parut x ada.. Nak g beli pun kedai dah tutup.. Frust! Kena simpan untuk makan pagi esok.. Nak makan macam tu je, boleh.. Tapi tawar lerr..

Jangan lupa try.. Sedap!!

Salam Sayang,
Atie


Friday, October 2, 2015

Resepi Kek Pisang

Assalamualaikum

Hari ni Atie nak share resepi Kek pisang.. Alhamdulillah resepi ni jadi.. Kakak Ipar Atie pun buat guna resepi ni dan jadi.. Macam biasa, kalau resepi tu jadi, Atie akan share kat sini untuk simpanan sendiri dan untuk di kongsi bersama.. Kongsi resepi je mampu, nak kongsi kek pisang susah.. X kan nak post pulak kan.. hehehe.


Bahan-Bahan:
  1. 2 cawan self-raising flour
  2. 1 t/spoon baking powder
  3. 1 t/spoon soda bikarbonat
  4. 4 biji telur gred A
  5. 1 cawan pisang lecek
  6. 3/4 cawan minyak masak
  7. 1 t/spooon esen vanila
  8. 3/4 cawan gula



Cara-cara:
  1. Ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder
  2. Dalam bekas lain, putar telur guna mixer sampai kembang.
  3. Masukkan pisang lecek, gula, minyak. Putar sampai sebati.
  4. Masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit dan putar lagi.
  5. Akhir sekali tambahkan esen vanila
  6. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit (kalau guna loyang), 10-15 minit (kalau guna acuan/cup)


Selamat mencuba.. InsyaAllah berjaya!!


Salam Sayang,
Atie


Tuesday, September 8, 2015

Resepi : Somtam

Assalamualaikum

Atie ni penggemar Somtam.. Kalau g Expo makanan Thai, wajib beli somtam.. Lagi pedas, lagi sedap.. Yang tu trademark untuk somtam.. hahaha. Betul, Atie x tipu.. Somtam ni, kalau x pedas, x sedap..

Last Saturday, Atie teringin sangat makan Somtam.. So gi la Tesco cari betik muda.. Sekarang memang susah nak dapat betik muda.. Hari tu, Abah ada tanam betik.. Tapi bila banjir, terus mati pokok tu.. X sempat menikmati buaH dia yang merimbun.. Sadisss betui..

Ni Atie nak kongsikan resepi yang simple. Atie bukan pandai masak pun, so kena cari benda2 yang simple la..


Bahan-bahannya

1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula thai (kalau x ada, pakai yang biasa tu pun ok)
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
carrot (Kalau nak bagi cantik boleh letak, tapi Atie x letak pun)
kacang panjang
tomato

p/s : Bahan-bahan tu, mengikut rasa hati sendiri.. hehehe


Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu (Atie pakai lesung batu je).
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering, jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan tomato, kacang panjang betik muda dan carrot.
  3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran. (tumbuk sekejap je)
  4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Maaf comot.. Lepas kacau2 semua, terus snap pic


SELAMAT MENCUBA!!


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, August 26, 2015

Resepi Chocolate Cake

Assalamulaikum

Atie nak share resepi chocolate cake.. Sangat sedap chocolate cake ni.. Bukan Atie nak puji diri sendiri, sebab Atie pun ikut sebijik-sebijik resepi ni.. Cuma nak bagitahu resepi ni menjadi.. Kadang2 resepi kat Internet ada yang jadi, ada yang x.. Kawan Atie kalau dia ada resepi baru, dia akan try buat dulu.. Kalau jadi, baru dia share dengan kawan2 yang lain.. Dia cakap kenapa nak share kalau benda x jadikan..

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan sebuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / mentega cair
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Hiasan Lapisan Coklat:
250g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130 ml double / whipping krim
gula halus secukup rasa


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan
  2. Putar bahan C sehingga kembang, masukkan dalam A dan kaup balikkan hingga serata
  3. Campurkan semua bahan B dan ayak. Kemudian masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit
  4. Masukkan adunan di dalam acuan kek yang telah dilapiskan. Kukus selama 1 jam
Cara memasak hiasan lapisan coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler
  2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula dan krim kemudian gaul sehingga sebati
  3. curahkan atas kek kemudian ratakan
Yang ni Atie x letak Topping

Selamat Mencuba!!



Salam Sayang, 
Atie

Sunday, July 12, 2015

Dahlia with Chocolate Rice

Assalamualaikum

Semalam dan 2 hari lepas, kerja Atie buat biskut Dahlia with Chocolate Rice je.. 2 hari buat 1 jenis biskut je sebab nak bagi kat kawan2 dan nak bawa ke Family Day Raya nanti.. So kena make sure biskut ni cukup la.. tu yang sampai 2 hari buat biskut sama. Hari ni dah kerja, x tau la bila pulak boleh sambung buat biskut.

Ni Atie ada nak share resepi, mana tahu ada kawan2 nak buat juga..

3 cawan gandum (diayak)
3/4 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan kastard
1 ketul butter (Atie agak dalam 250g)
2 biji kuning telur
vanilla

Cara-Cara
Bland gula dan butter hingga sebati (Atie pakai mixer)
Masukkan telur dan kacau sebati
Masukkan gandum, tepung jagung, kastard dan vanilla
Gaul sebati
Bakar pada suhu 190degree - 20 minit

Chocolate Rice sekadar hiasan *tapi bila letak makin sedap rasa biskut




Salam Sayang,
Atie