Pages

Sunday, August 30, 2015

Thursday, August 27, 2015

Jerawat Mengganggu saya

Assalamualaikum

Jerawat merupakan musuh no 1 wanita.. Tapi bila dah matang, biasanya jerawat2 akan muncul.. Sebab tu kalau orang tua2 tengok orang tu ada jerawat, mesti dia cakap “Dah matang la tu. Nanti dah boleh kawin”.. Hahaha. X pasal2 keluar pasal kawin kan. X pun, kalau ada jerawat mesti akan cakap “Dah ada boyfriend la tu”. Mesti semua pernah kena macam tu kan.. hihihi

Alhamdulillah, muka Atie x pernah naik jerawat teruk2.. Tapi sejak dua menjak ni, jerawat naik seketul2 je.. X sempat yang seketul tu nak baik, nanti seketul lagi naik.. Tapi lepas tu ok.. Sebulan pulak naik seketul, lepas tu seketul lagi.. lepas tu Ok.. Masalah ke macam tu?? Ke normal je?? Jerawat suka naik kat pipi kanan, belah ni selalu je la nampak parut2 jerawat.. X sempat parut nak hilang, seketul lagi naik.. Dah la parut kat muka Atie ambil masa panjang nak hilang.. Atie memang x suka sapu apa2 kat muka untuk hilangkan jerawat atau hilangkan parut.. Atie biar dia hilang secara nature.. Sebab tu jerawat nak baik pun ambil masa seminggu.. Kalau parut, lagi la lama.. Sampai berbulan2 nak hilang..

Tapi Atie ada baca, setiap tempat yang naik jerawat tu ada sebab2 tersendiri.. Jom study punca2 jerawat muncul di muka..

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Dah tahu punca2 kan, so ubatilah punca supaya jerawat tidak berulang lagi.. Tapi jerawat akan muncul juga kalau ada perubahan horman macam period.. Yang tu normal la kan bagi kaum wanita..



Salam Sayang,
Atie

Wednesday, August 26, 2015

Resepi Chocolate Cake

Assalamulaikum

Atie nak share resepi chocolate cake.. Sangat sedap chocolate cake ni.. Bukan Atie nak puji diri sendiri, sebab Atie pun ikut sebijik-sebijik resepi ni.. Cuma nak bagitahu resepi ni menjadi.. Kadang2 resepi kat Internet ada yang jadi, ada yang x.. Kawan Atie kalau dia ada resepi baru, dia akan try buat dulu.. Kalau jadi, baru dia share dengan kawan2 yang lain.. Dia cakap kenapa nak share kalau benda x jadikan..

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan sebuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / mentega cair
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Hiasan Lapisan Coklat:
250g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130 ml double / whipping krim
gula halus secukup rasa


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan
  2. Putar bahan C sehingga kembang, masukkan dalam A dan kaup balikkan hingga serata
  3. Campurkan semua bahan B dan ayak. Kemudian masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit
  4. Masukkan adunan di dalam acuan kek yang telah dilapiskan. Kukus selama 1 jam
Cara memasak hiasan lapisan coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler
  2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula dan krim kemudian gaul sehingga sebati
  3. curahkan atas kek kemudian ratakan
Yang ni Atie x letak Topping

Selamat Mencuba!!



Salam Sayang, 
Atie

Monday, August 24, 2015

Kongsi Ilmu : Semuanya Bersebab

Assalamulaikum


ketika aku di tingkatan 4, aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku: kalau allah itu tidak pernah sia2 dan mensia2kan, kenapa dia ciptakan babi?
.
nak dimakan tak boleh. nak dipegang tak boleh. nak dijadikan tunggangan tak boleh. nak dibuat pakaian tak boleh.
.
ok boleh je sertu. but you know what i mean.
.
jawapan yang aku dapatkan memang best. sampai sekarang aku takkan lupa.
.
cikgu aku jawab: sebab nak jadi bukti betapa manusia itu memang fitrah suka melawan. degil.
.
betul, kan?
.
babi adalah satu simbolism kepada kedegilan kita manusia. kalau tidak kepada kita individu-- kepada manusia secara general. kita memang suka saja2 nak benda yang tak boleh pada kita.
.
sama konsepnya dengan adam as dengan pokok quldi. allah menghalalkan SEMUANYA kecuali satu. yang satu jugalah yang menjadi sebab tercampaknya baginda ke bumi. of course-- dengan tipu helah iblis. tapi itu sudah memang kerja dia. nak marah pun tak boleh. allah dah lama bersumpah memang iblis akan kena di akhirat nanti.
.
kita ni. kenapa masih degil?
.
sebanyak2 perempuan dalam dunia-- kenapa nak yang isteri orang? sebanyak2 harta dalam dunia-- kenapa nak mencuri untuk kaya? sebanyak2 kerja dalam dunia-- kenapa tetap nak pilih kerja yang haram?
.
sebab kita degil. frown emoticon dan bila kita dah pilih utk jadi degil, kita persembahkan 500 helai kertas kajang untuk menjustifikasi kedegilan yang kita memang tau salahnya.
.
haih.
.
babi cuma sejenis simbolism tentang kedegilan manusia. yang kalau benda boleh dipegang dinampak pun kita ingkar-- apa lagi perkara2 yang hanya mampu ditaakul akal yang berfikir.
.
ya. rata2 kita semua tak pernah makan babi. tak ingin sentuh babi. tapi segala perkara2 yang tidak boleh yang lain? yang tak terjelas? macammana...?
.
kita bukan main risau kalau datang bab babi. bukan main jaga2. tahap nak lafaz perkataan babi pun rasa berdosa. tapi fitnah, keji, rasuah, aniaya, adu domba, rompak, tipu daya? itu semua macammana...?
.
haih la jiwa raga. sebanyak2 lubuk pahala dalam dunia-- kenapalah kau masih selesa untuk tak risau dengan dosa2? benda yang tak boleh juga yang dikehendakkannya.
.
allah itu tidak sia2. dari babi pun kita patut cari diri kita. semua benda-- mesti ada sebabnya.


Credit : Fynn Jamal


Salam Sayang

Sunday, August 23, 2015

Puasa Sebulan, Raya Setahun

Assalamualaikum

Semalam, family Atie ada buat makan2.. Makan2 untuk kawan2 Abah.. Dah lama Abah nak buat makan2, tapi selalu je x ada kesempatan.. Masa bulan Syawal lagi Abah nak buat jamuan hari raya untuk kawan2 dia.. Asyik tertangguh je.. Sebab tu Atie bagitahu Ummi ni jamuan hari raya.. Syawal dah habis, tapi kita baru je nak buat jamuan hari raya.. hahaha.

Menu untuk jamuan semalam Ummi buat nasi himpit kuah kacang, mi kari dan chocolate cake, dan puding ais krim.. Kalau jamuan untuk kawan2 Abah, x perlu buat banyak2 kuih-muih.. Sebab nanti diorang datang, mesti ada yang bawa kuih-muih.. Sikit sorang bawa, jadi banyak la.. Tu pun x habis.. Memang diorang kalau buat jamuan selalu macam tu, so tuan rumah x perlu risau untuk desert.

 menunggu tetamu tiba

Mi Kari made by Ummi

Mi Kari yang popular di kalangan keluarga.. Kalau jamuan raya cousin2 Atie mesti tanya pasal mi kari ummi.. 
Tahun ni x buat mi kari ke??
Ummi "tukar menu la pulak, tiap2 tahun buat.. Bosan"
Menu wajib dalam keluarga kalau Raya, Nasi Himpit Kuah Kacang Daging.. X pernah x ada kalau raya.. Yang ni memang terbaik dari Ummi.. Resepi dari turun-temurun.. Tu yang Atie cakap Jamuan Hari Raya, sebab ada nasi himpit. Ummi cakap nak bagi kawan2 rasa Kuah Kacang Daging dia yang sedap tu.. Gambar x ambil pulak.. 


Yang ni Atie yang buat.. CHOCOLATE CAKE.. Sebagai buah tangan kepada tetamu.



Salam Sayang,
Atie

Friday, August 21, 2015

Western Food di malam hari

Assalamualaikum

Last Friday, Ummi dengan Abah pergi KL.. Tinggal la Atie berdua dengan adik perempuan, Hajar. Ummi pergi 3hari 2malam.. Pergi kejap je, sebab bukan nak holiday.. Tapi atas urusan kerja.. Atie ok je kena tinggal, tapi Hajar je macam sedih.. Biasa la, anak bongsu memang macam ni.. Tapi form 3 dah, still manja lagi.

Atie kalau Ummi x ada memang kurang makan nasi.. Beberapa kali diaorang pesan suruh masak nasi, sebab takut adik lapar.. Tapi kitaorang memang kurang sikit nasi2 ni.. So, bila Ummi dengan Abah x ada, Atie masak Chicken Chop, makan mee goreng, nak buat spagetti tapi malas keluar beli daging..


Ni malam pertama Ummi x ada.. Jadi Minah Salleh terus la kitaorang..Western Food kan.. Memang beli bahan2 awal dah.. Dalam gambar, x sempat letak sos.. Sebab lepas letak sos, terus ngapp.. Hahaha. Lapar punya pasal.

Ayam, Atie masak 2 cara sebab adik nak ayam goreng, Atie pulak suka grill.. Ayam goreng tu senang je, guna tepung kentuky atau serbaguna.. Celup dalam telur, lepas tu lumur tepung.. Dah siap untuk di goreng.. hahaha. Senang kan!!

Untuk grill, Atie main campak je.. Nak cerita resepi pun malu sebab letak ikut suka hati.. kihkihkih. Tapi Atie citer juga la.......
Atie letak bawang putih, black pepper, halia (lupa ada letak ke x), oregano, garam.. Bagi Atie sedap juga walaupun main campak je, x ikut mana2 resepi.. Ada je search resepi, tapi malas nak follow.. hehe. Nasib jadi, kalau x menangis sambil berlapar laaaa...

Sos dia pulak, Atie guna Knorr Black Pepper.. SENANG, CEPAT, MUDAH!! hahaha. Kalau ikut resepi yang kat belakang tu, just masak dan tambah air dah siap.. Tapi Atie tumis dulu bawang besar kuning dengan butter, lepas tu baru letak serbut black pepper sauce yang telah di bancuh dengan air.. Last, letak tepung untuk bagi kepekatan yang diinginkan..

 Lebih kurang macam ni la.. Tapi Atie guna yang cair, so kena tambah tepung sendiri nak bagi pekat.. Sumber Abang Google.

Esoknya, tengahhari Atie masak mee goreng.. Eh silap, yang ni bukan Atie masak pun, adik masak.. Sebab Atie x reti buat.. Hihihi. 

Malam last, Atie masak nasi goreng.. Kena bagi Adik makan nasi juga sebab esok dah nak sekolah.. Nanti dia lapar dalam kelas.. Kesian pulak.. X ambil gambar nasi goreng sebab biasa je.. X ada yang special.. Pakai perencah nasi goreng adabi.. kihkihkih. trademark Atie SENANG, CEPAT, MUDAH!! hahaha.
Atie tanya adik,
"sedap x nasi goreng?"
"sedap!!"
"tengok la siapa yang masak" hahahaha
Dia x tau pun Atie guna perencah nasi goreng.. kehkehkeh.


Salam Sayang,
Atie

Monday, August 17, 2015

Putihkan kulit di waktu malam

Assalamualaikum

Tajuk bukan main lagi.. Sebenarnya bukan nak putihkan kulit, tapi kulit putih di waktu malam.. Atie malam2 sebelum tido, Atie suka pakai bedak sejuk.. Mula2 Atie saja suka2 try bedak sejuk Tok Mek (nenek).. Lepas pakai je, kulit rasa licin dan lembut.. Lepas tu Atie selalu je pakai.. Masa nak tido je Atie pakai, sebab kalau pakai awl2 takut semua terkejut nanti..

Kelebihan Bedak Sejuk:
1.Melicinkan kulit muka
2.Memberi kesegaran pada kulit
3.Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
4.Menanggalkan sel kulit mati
5.Membantu menyejukkan kulit
6.Membersih dan menegangkan wajah
7.Membantu pengecutan jerawat

Atie biasa pakai bedak sejuk + air je.. Tapi ada orang cakap kalau pakai bedak sejuk + air limau nipis lagi elok sebab dapat mengecutkan jerawat2 yang ada..

Atie sebelum ni x ambil tahu pun kelebihan bedak sejuk ni.. Tapi Atie tahu, kalau orang2 tua suka amalkan, benda tu mesti adalah yang terbaik.. Sebab tu x takut untuk mencuba walaupun masa tu x tau kelebihannya lagi..

Atie pakai yang ni..




Salam Sayang,
Atie

Friday, August 14, 2015

Kongsi Ilmu : Doa Harian

Assalamualaikum

Atie nak kongsikan doa2 yang simple dan boleh di amalkan.. Bukan sekadar untuk di kongsi, Atie harap Atie pun mengamalkannya.. Aminn











Salam Sayang,
Atie

Thursday, August 13, 2015

First-Segmen Erna : Bloglist -Walking Ogos 2015

Assalamualaikum

Jom join semua!!

GOOD LUCK 



Maaf.. Busy

Assalamualaikum

Pe khabar kawan2 semua..
Terima Kasih untuk semua yang sudi jengah blog Atie yang x seberapa ni.. Atie busy sikit 2 hari ni.. Nanti weekend Atie balas kunjungan kawan2 yea..
Selamat Berkenalan Semua..

Atie sebenarnya ada masalah untuk post gambar2 kat entry.. Dia keluar
'Bad Request Error400'.
Kenapa yea?? Setiap kali nak upload gambar ke dalam blog jadi macam tu..
Tolong yea, kenapa jadi macam tu???


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, August 11, 2015

DaeHan MinGook ManSe

Assalamualaikum

DaeHan, MinGook, ManSe.. Mesti semua kenal siapa tu?? Ya Allah, cute sangat2 budak2 ni.. Kalau tengok The Return of Superman mesti kenal dengan TRIPLET ni.. Kadang2 Atie sanggup je tengok ulang2 kali kat Youtube sebab nak tengok part 3 orang ni je.. DAEHAN, MINGOOK, MANSE..

Tengok, sebab minat sangat sampai Atie sanggup je buat entry untuk diaorang.. Rasa nak cubit, nak penyet2 je bila tengok telatah diaorang.. Kalau boleh nak tampar skali. Bukan sebab nak dera, tapi sebab comel sangat2.. hehehe. geram.. grrrrrr






Si Comel MinGook

*Geram tahap maximum!!



Salam Sayang,
Atie


Monday, August 10, 2015

Kongsi Ilmu : Emergency Number

Assalamualaikum

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK.. Ini cara untuk meletakkan no contact waris di screen bila phone anda LOCK:

LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

SAMSUNG
1. Setting
2. Personal
3. Security
4.Owner info... Masukkan no telefon emergency

ASUS
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info... Masukkan no telefon emergency

XIOMI
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info... Masukkan no telefon emergency

Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

For iPhone (Apple) user:
To set, launch "Health" app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id... Your emergency contact details will appear.

Cube la buat.. Ada kebaikkannya...


p/s : Atie guna Samsung.. Jadi tutorial tu.. Yang lain Atie x pasti, sebab Atie ambil dari group Whatsapp.


Salam Sayang,
Atie

Sunday, August 9, 2015

Rindu Tasneem

Assalamualaikum

Happy Sunday!! Sunday kat Kelantan dah start kerja yea, bukan cuti lagi.. Kena mulakan hari dengan gembira.. Baru enjoy hidup ni..

Hari tu Atie cerita pasal Dalysa, hari ni Atie nak citer pasal Tasneem Amani (kakak kepada Dalysa). Budak ni nama je dah jadi Kakak, tapi kadang2 manja melebihi Si Adik. Tasneem anak sedara Atie yang pertama, so sayang lebih sikit la.. Eh, ke sama je?? Entah la sama je kot... Yang penting sayang semua.. Anak sendiri x de lagi kan.. So sayangilah anak buah anda!!

Berbalik kepada kisah manja Tasneem ni.. Kalau bangun tido, confirm nangis dulu.. Cari Mommy. Kalau Adik, boleh senyum je kalau bangun tido.. Tp Tasneem tak, kena Mommy jenguk dulu and buat susu baru ok.. Kadang2 geram juga..

Sekarang ni, Tasneem asyik sebut nak sekolah je. Nak sekolah cina.. Dia cakap dia pandai kira number dalam bahasa Cina sebab tu nak sekolah Cina.. Tapi Mommy dia cakap next year nak hantar sekolah, sekarang ni baru 3 tahun.. Kalau Tasneem dah start sekolah, lagi susah nk jumpa Tasneem.. Kena tunggu cuti sekolah baru Tasneem balik Kampung..

Ni pun dah nak dekat sebulan x jumpa Tasneem.. Bila Tasneem nak balik kampung?? C.Chik rindu!!








Salam Sayang,
Atie

Saturday, August 8, 2015

Hawaa is Atie

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua.. X g jalan mana2 ke hujung minggu ni?? Atie kat rumah je.. Sekarang tiap2 petang kat Kelantan ni selalu je hujan. Kadang2 ribut.. Kalau nak keluar petang2 memang x dapat la.. Risau pulak nak keluar.


Siapa Hawaa?? Siapa Atie??
Mungkin ada yang keliru antara Hawaa dan Atie.. Sebenarnya Hawaa dan Atie adalah orang yang sama.. Kalau blogwalking Atie suka menggunakan nama Hawaa, x tau kenapa tp rasa selesa.. Mungkin dengan menggunakan nama Hawaa, Atie dapat promote blog Cinta Hawaa skali.. Tapi bila menulis di blog, Atie selesa membahasakan diri 'Atie'.

Walapun Atie menggunakan nama Atie @ Hawaa, dua2 adalah mewakili Pemilik Cinta Hawaa. Dua2 adalah nama Atie yang sebenar. So, jangan keliru yea..




Salam Sayang,
Atie

Monday, August 3, 2015

Sebagai Peringatan

Assalamualaikum

Selamat Pagi Semua..
Tiba2 hari ni, pagi2 buta dah rajin update blog.. Biasanya hari kerja, pagi2 jangan harap nk update, sebab banyak benda nak kena settle pagi2 ni.. Tapi hari ni, malas pulak tengok kerja.. So kita layan blog dulu.. hehehe.

Siapa suka minum air bergas.. Atie pun suka juga.. Kalau musim raya, berbotol2 air gas ni kat rumah. Tasneem panggil 'air pedas'.. Mungkin bila dia minum, rasa lain skit.

Tapi, tahukah anda air bergas mempunyi kadar gula yang tinggi. Cheh, ayat dah macam iklan dah.. kihkihkih. Kadang2 kita x sedar pun rasa manis bila minum air ni.. Atie pun enjoy je minum..
Gambar kat bawah tunjuk kadar gula yang sangat tinggi dalam Cocacola.. Dah lama tahu pasal ni, tapi bila dah jumpa air ni, asyik lupa je.. So, kita letak dalam blog supa selalu ingat..

lepas ni banyakkan minum air kosong!!



Salam Sayang,
Atie

Sunday, August 2, 2015

Suka Selfie

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah masuk bulan August 2015.. Kejap je masa berlalu.. Dah hampir ke penghujung tahun dah.. Usia pun makin tua.. Aduhhh!! Bila nak kawin??? Persoalan yang sangat susah nak jawab.. Hanya Allah je yang tahu..

Kadang2 x semua yang kita rancangkan akan termakbul.. Tapi Allah adalah sebaik perancang.. So, jangan lagi siapa2 tanya persoalan yang x mungkin ada jawapannya..
Terima Kasih.

EINARA DALYSA, my baby girl.. Anak buah Atie yang ke-2 dari Kak Long. Dia ni manja sangat, kalau Mommy dia nak g mana2 je, mesti nangis nak ikut.. Tapi kalau dia x perasan mommy dia dah keluar or pergi mana2, ok je.. Elok je main.. Tapi kadang2 mencari juga.. Anak manja.

Tapi budak kecik sorang ni senang je nak pujuk kalau nangis.. Tapi kena ada Hp.. Ajak dia selfie or ambil gambar dia mesti diam terus.. Hahaha. Budak zaman Najib katakan. Eh, Tiba2!!







time ni Atie tanya sape cantik?? Terus angkat tangan jawab SAYA!!
Cute sangat. Rindu Dalysa...


Salam Sayang,
Atie

Saturday, August 1, 2015

Tutorial : Letak Copyright

Assalamualaikum

Tiba2 hari ni Atie nak buat tutorial.. Sebenarnya senang nanti Atie nak edit blog, boleh cari dalam ni je.. Untuk menyenangkan Atie dan kawan2 pun boleh guna juga..

Copyright macam ni Atie akan tunjukkan

1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Cari kod ini .( Nak cari tekan Ctrl + F) : </body> 

3. Lepas tu , paste kod kat bawah ni kat bahagian atas kod yang kawan2 cari tadi?

 <script type='text/javascript'>
    window.setTimeout(function() {
        document.body.className = document.body.className.replace(&#39;loading&#39;, &#39;&#39;);
      }, 10);
  </script>

<center>TULIS AYAT COPYRIGHT KAT SINI</center>

4. Sebelum SAVE, preview dulu , jadi or tak?

5. Kalau semua jadi, boleh SAVE dengan rasa happy.


Kalau tak nak letak ayat, nak letak gambar pun boleh. Macam Atie punya yang kat atas tu.
Word tu Atie guna photoshop dan save as Picture.

Gantikan TULIS AYAT COPYRIGHT ANDA DI SINI  dengan kod di bawah ni:

<img src="URL GAMBAR" width="700" height="80" />

*gantikan URL GAMBAR dengan URL gambar pilihan anda.
*adjust width dan height gambar mengikut kesesuaian

Lepas tu macam biasa preview dulu dan save





Salam Sayang,
Atie