Pages

Wednesday, August 26, 2015

Resepi Chocolate Cake

Assalamulaikum

Atie nak share resepi chocolate cake.. Sangat sedap chocolate cake ni.. Bukan Atie nak puji diri sendiri, sebab Atie pun ikut sebijik-sebijik resepi ni.. Cuma nak bagitahu resepi ni menjadi.. Kadang2 resepi kat Internet ada yang jadi, ada yang x.. Kawan Atie kalau dia ada resepi baru, dia akan try buat dulu.. Kalau jadi, baru dia share dengan kawan2 yang lain.. Dia cakap kenapa nak share kalau benda x jadikan..

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan sebuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / mentega cair
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Hiasan Lapisan Coklat:
250g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130 ml double / whipping krim
gula halus secukup rasa


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan
  2. Putar bahan C sehingga kembang, masukkan dalam A dan kaup balikkan hingga serata
  3. Campurkan semua bahan B dan ayak. Kemudian masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit
  4. Masukkan adunan di dalam acuan kek yang telah dilapiskan. Kukus selama 1 jam
Cara memasak hiasan lapisan coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler
  2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula dan krim kemudian gaul sehingga sebati
  3. curahkan atas kek kemudian ratakan
Yang ni Atie x letak Topping

Selamat Mencuba!!



Salam Sayang, 
Atie

6 comments:

Dunia Zumal said...

Nak try buat juga ^-^

Cinta Hawaa said...

try la.. InsyaAllah jadi dan sedap :)

Puan Wawa said...

Sedapnya.. Wawa biasa buat yg segera je.. Feveret wawa cake choc moist..")

anajingga said...

betul tu atie menu yang sedap seronok bila kita kongsikan semula kan..kak ana singgah sini :)

Ajuya Rashid said...

sedap nya...anak AR suka la ni

Cinta Hawaa said...

AR boleh try buat la.. Senang je tu.. hehehe