Pages

Monday, February 17, 2020

Pulau Suri 'Floating Market'

~Assalamualaikum~


Siapa pernah pergi Floating Market kat Thailand atau Negara-negara lain?
Sekarang tak payah dah pergi jauh-jauh.. Kat Kelantan pun dah ada yea.. Tapi tak akan sama la dengan yang kat luar.. Kat Kelantan takde la seramai/semeriah tempat lain.. Boat penjual pun takdelah banyak sangat..

Pulau Suri Floating Market,Tumpat kalau tak silap Atie dibuka pada tahun 2016.. Tapi 2019 baru betul-betul popular.. Siap ada 2 tempat dah.. Pulau Suri Lama, Pulau Suri Baru..

Atie pergi Pulau Suri Baru.. Masa nak beli tiket boat, boleh bagitau nak gi yang lama atau yang baru.. 

Ada 2 jeti untuk ke Pulau Suri.. Melalui Kampung Laut, Tumpat atau melalui Pulau Besar, Kota Bharu.. Bagi Atie, jeti Pulau Besar lagi dekat berbanding Kampung Laut sebab harga tambang ke sana berbeza.. Tambang boat dari Kampung Laut RM10 (2 way/person), dari Pulau Besar RM5 (2 way/person).. So, Atie rasa dari Pulau besar lebih dekat.. Hehehe. Eh, Pulau Besar tu bukan pulau yea, tapi nama tempat.. Nanti orang ingat, kena naik boat nak ke Pulau Besar dulu sebelum ke Pulau Suri.. 

Macam ni je jeti.. Jangan ingat jeti macam untuk boat-boat besar pulak..

Tasneem tengah tunggu boat

Beli tiket boat dulu kat tepi.. Lepas tu tunggu boat kat tempat menunggu.. Tak ikut nombor tau nak naik, tapi dia akan ikut siapa yang datang awal dan ikut bilangan orang. Nak penuhkan 1 boat kan..Biasa boat ni boleh naik 6-7 orang dewasa.. Kalau Tukang Boat nak penuh kan dengan ramai lagi, boleh bagitau dia, tak nak ramai-ramai.. Boat kecik kan, bahaya pulak kalau ramai sangat.. Tukang boat biasa la nak untung lebih..




Happy sangat Tasneem dapat naik boat.. Kebetulan dia sorang je ada kat kampung, rezeki la dapat merasa.. First time tu naik.. Mula-mula dia takut, lepas tu enjoy sangat.. 





Abah yang arrange boat, memang mintak naik dengan kawan-kawan kita je.. 6 dewasa, 1 kanan-kanak.



Pulau Suri Lama.. Atie pergi yang 1 lagi.. Tapi x ada pulak gambar dari jauh Pulau Suri Baru.

Muka kerut sebab tahan panas.. Sebenarnya baru pukul 10 pagi..

Nak masuk pulau ni kena bayar juga tau.. Takut terkejut pulak sebab asyik kena bayar.. Atie tak pasti berapa RM1 atau RM3 sorang, sebab Abah yang bayar dan Atie pun tak tanya.. Kalau tanya nanti kena bayar sendiri.. Baik diam je kan.. Hahaha. Bayaran tu mungkin untuk upah orang jaga pulau ni.. Sebab pulau ni bersih dan terurus.



Bersihkan kawasan dia.. Kerusi meja pun banyak disediakan.. Nak berkelah atas tikar pun boleh.. Tandas pun di sediakan.





Macam-macam orang jual makanan.. Semua makanan ala Thailand.. ada juga jual ikan udang fresh, tapi kejap je habis sebab harga murah dari pasar.




First time try Miang Kham.. Memang sedap..
Bihun sup dia sedap juga.. Banyak lagi makanan, tapi tak tertangkap gambar.. hehehe.
Excited.. asyik ulang gi beli makanan je.. Beli 2, 3 jenis dulu, dah habis pergi try benda lain pulak.. 

Bawa duit sendiri, tapi beli aiskrim nak c.chik yang bayarkan.




bebas bermain..
Sebenarnya ni kali ke2 pergi.. kakak dengan abang ipar ikut skali.. Masa 1st time, pergi dengan kawan-kawan abah.. Budak ni meraung masa naik boat.. Takut

menunggu

Nak balik dah.. tunggu boat. Kalau beli tiket boleh naik je boat mana-mana yang ada.. Tapi sebab Abah deal dengan tukang boat, so kena tunggu boat tu juga.. Bagi Atie lebih selesa deal dengan tukang boat sendiri, kita pergi dan balik dengan geng yang sama..

Budak yang tak sabar nak naik boat



Nak balik dah... Byebyebye.........