Pages

Tuesday, September 27, 2016

Bila internet tiada....

Assalamualaikum

Hampir seminggu bekalan internet terputus.. Macam bekalan makanan pulak.. hihihi. Streamyx xde gara-gara kabel kena curi.. Aduihh apasal bodoh sangat gi curi kabel.. Menyusahkan orang je.. Bila internet xde, hura-hara lah semua mangsa di rumah.. X senang duduk dah semua..

Biasa lepas sembahyang subuh Atie akan layan FB atau Instagram.. Ala, sambil tunggu mata nak lelap balik.. Ish!! Anak dara apa tido balik lepas subuh.. kihkihkih. Bila on FB, eh apasal tengok pakai DATA pulak.. mana hilang signal wifi.. Hati dah risau sebab sebelum tu TM dah bagitau kena bayar bil, tapi Atie x pergi bayar-bayar lagi.. Kahkahkah.

Bila tengok kat modem signal internet xde.. Risau dah.. Confirm semua pakat-pakat pandang Atie sebab lambat bayar bil.. Semua kalau internet problem ke atau slow semua pandang Atie.. Kerja Atie la buat report-report ni..

Lepas tengok modem signal xde, cepat-cepat la Atie pergi mandi dan bersiap nak keluar bayar bill.. Tapi hati kata confirmkan dengan TM dulu la.. Kalau betul keno potong, baru keluar gi bayar.. Bila call TM, house phone pulak problem.. Macam xde bunyi langsung.. Dalam hati confirm TM yang buat hal.. Terus call TM pakai hp.. Memang diorang yang problem sebab line Atie belum kena potong lagi.. Lega sikit sebab internet xde bukan salah Atie. Hahaha.

Lepas di selidik, memang confirm kabel kena curi.. Bila tanya Tm bila benda ni settle, diorang cakap kena ambil masa 1minggu juga untuk siap ganti balik kabel..
Errrkkkkk~ lamanyaaa……………………..

sekadar hiasan

Bila streamyx xde, maka huru-hara la segala isi dalam rumah tu.. hehehe. Semua mana la boleh hidup tanpa internet.. Abah la yang paling kalut.. Suruh Atie buat internet mobile kat tablet dia.. Senang la nak berwhatsapp.. Sebelum ni Abah pakai phone nokia biasa je, tablet untuk whatsapp tinggal kat rumah je.. Sebab tu pakai line xde internet..

Sanggup je Abah bayar internet mahal asalkan dapat berwhatsapp.. X leh hidup tanpa whatsapp nampaknya.. kehkehkeh. Ummi pun sama, kelam kabut suruh adik top up kan nak bagi internet aktif. Biasanya Ummi jarang top up.. Duk rumah je kan.. Ummi lebih kepada whatsapp, nak call pakai hp Abah.. Hahaha.

Hp Atie pulak 100mb je data.. Sebelum ni pakai 500mb pun x habis pakai.. Yela, duk rumah pakai streamyx rumah.. Gi ofis pakai ofis punya.. Lepak-lepak kat luar pun kurang, kalau ada pun kurang online.. Cukup sekadar nak berwhatsapp je.. Sebab tu Atie turun kan data jadi 100mb.. Rasa membazir je.. Ofis hp pn dah ada data 500mb.. lebih dari cukup dah untuk Atie.. Bila streamyx kat rumah xde, Atie ok je.. Xde kelam kabut.. Nak try biasakan diri hidup tanpa internet.. kahkahkah

Tapi seminggu tanpa internet terus memang xleh la.. Untuk whatsapp kena ada.. Yelah, semua kan berwhatsapp.. Nak tanya benda urgent pun pakai whatsapp.. So, whatsapp amat-amat penting..

Bila streamyx xde, Atie kurang Facebook.. Yela pakai data ciput je, buka facebook pun kadang-kadang je.. Nak save data katakan.. heheee.. Bila cuba kurangkan facebook, ok la bagi Atie.. X ada benda urgentkan.. Tapi kurang dapat maklumat isu semasa.. Bila ada apa-apa berlaku dekat Malaysia atau Dunia memang lambat dapat info la.. Tu pun tunggu dari mulut-mulut orang lain.. So, untuk Atie facebook ni memberikan maklumat.. Tanpa facebook ibarat hidup dibawah tempurung.. Cewahhh~ siap peribahasa lagi tuuu.. kihkihkih

Erkkk... terpanjang pulak karangan ni..

Salam Sayang,
Atie

Friday, September 16, 2016

Thursday, September 15, 2016

Koleksi Kisah Seram : Rumah sewa

Assalamualaikum





sumber : copy paste


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, September 14, 2016

Train to Busan

Assalamualaikum

Sekarang memang tengah trending cerita ni.. Sebelum ni semua duk bercakap pasal Train to Busan.. Kat facebook pun ramai post cakap cerita ni best.. Atie dengan adik-adik pun excited la bila dengar.. Kami tengok kat rumah je.. So, x payah la pergi tengok wayang.. Save duit.. Boleh tengok ramai-ramai lagi.. hihihi.



Sinopsis:

Cerita ni pasal Seokwoo (Gong Yoo) yang telah berpisah isterinya dan anaknya Soo Ahn (Kim Su-an) tinggal bersama dia. Masa hari jadi anak dia tu, dia mintak nak jumpa mak dia kat Busan. Diaorang pergi naik train. Hampir keseluruhan cerita atas train tu je. Masa dalam train, ada sorang penumpang yang dijangkiti virus zombie terlepas masuk dalam train dan mula dari situ hampir semua dalam train kena gigit jadi zombie. Bukan atas train je yang kena virus zombie ni sebenarnya, memang kebanyakan tempat dah kena. Sampai nak mintak bantuan pun dah susah. Banyak station x boleh stop sebab virus zombie ni.

Maka bermulalah perjuangan nak menyelamatkan diri. Ada yang pentingkan diri sampai sanggup mengorbankan orang lain asalkan dapat menyelamatkan diri sendiri. Ada yang suami sanggup berkorban untuk isteri asalkan isteri yang sedang mengandung selamat. Memang part ni sedih la. Nak tahu lebih lanjut, boleh tonton yea.

bermula bila orang-orang dalam train kena virus zombie

Tengok! Askar-askar pun kena.. Macam mana nak selamatkan orang..

 Hah!! Yang ni la orang yang paling pentingkan diri sendiri.. Geram betul bila tengok dia ni..

Pendapat Atie untuk Train to Busan :
  1. Jalan cerita sedikit mendatar.. Memang 100% kisah nak selamatkan diri dari zombie.
  2. Kisah kekeluargaan, kasih sayang memang di terapkan dalam cerita.
  3. Memang x tahu dari mana punca virus zombie ni menular. Tapi masa Seokwoo dengan kawan dia cakap kat fon, kawan dia ada mintak maaf.. Dia cakap mungkin semua berpunca dari dia.. So, Atie faham-faham sendiri.. Virus tu dari Seokwoo dengan kawan dia..
  4. Akhir macam tergantung.. Semua kena virus dan yang terselamat yang kat Busan je. Kira masalah virus x settle.
Maaf, ini hanya pendapat Atie.. Mungkin yang lain berpendapat lain dari Atie.


Salam Sayang,
Atie