Assalamualaikum
Semalam Atie ada buat Ayam Goreng KFC.. Memang sangat sedap..
Ni resepinya...
Perap untuk 1 jam:
1 ekor ayam (potong)
7 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar serbuk cili (nak pedas, boleh tambah)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit untuk rempah senang di serap
Bahan untuk salut:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu sebuk cili
garam secubit rasa
secubit soda bikarbonat
1 biji telur
Cara-cara:
- Perap ayam 1 jam dengan perapan tadi
- Selepas itu pukul telur dan golek ayam dalam telur (untuk senang melekat)
- Selepas itu, golek-golek ayam dalam tepung sehingga rata
- Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak yang banyak (bagi ayam tenggelam dalam minyak)
- Boleh dimakan.. Sedapnyaaaa
SELAMAT MENCUBA!!
Salam Sayang,
Atie
1 comment:
Salam singgah hujung minggu... sedapnya ayam goreng KFC....
Post a Comment