Pages

Monday, October 1, 2018

Resepi Tauhu Bergedil

Assalamualaikum



Bahan-bahan:
4 – 5 biji kentang
Ayam/daging kisar
Bawang besar holand (potong dadu kecil)
Bawang goreng
Daun sup (hiris halus)
Lada merah besar (hiris halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Garam gula (secukup rasa)
Telur 
Tauhu Goreng

Cara Buat Tauhu Begedil:
  1. Rebus atau goreng kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong wedges supaya cepat masak.. Atie suka goreng berbanding rebus sebab rebus kentang jadi agak berair berbanding goreng yang lebih kering.
  2. Goreng dengan sedikit minyak isi ayam/daging kisar dengan sedikit serbuk perasa sehingga masak.
  3. Kentang di tumbuk atau di lenyek dan masukkan garamgula, lada hitam.
  4. Gaulkan kentang, isi daging yang dimasak, bawang besar, bawang goreng, daun sup dan lada merah tadi bersama hingga serasi. Pakai tangan senang.
  5. Masukkan sedikit telur. Jangan terlalu banyak, takut lembik.*ikut keadaan. Gaul sebati.
  6. Gunakan pisau/gunting untuk memotong sedikit bahagian atas tauhu. Keluarkan isi tauhu dan campur isi tadi dengan bergedil tadi.
  7. Sumbat bergedil kedalam tauhu. Jangan sampai terkeluar.
  8. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
  9. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Potong macam ni

Sebelum di saluti telur

Untuk Sos Kicap Manis:
Cili padi
Kicap
Bawang Putih 1ulas
Garam
Sedikit cuka/perahan limau.

- Blend semua..

Selamat Mencuba!!

No comments: