Pages

Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Koleksi Kisah Seram : Rumah sewa

Assalamualaikum





sumber : copy paste


Salam Sayang,
Atie

Thursday, April 28, 2016

Koleksi Kisah Seram : Siapa perempuan tu?

Assalamualaikum

Ini kejadian benar yang berlaku kat saya tahun lepas. demi menjaga imej syarikat saya, janganlah tanya nama syarikat dan nama bangunan yang saya akan ceritakan nanti. 

kejadian berlaku tahun lepas awal bulan disember. walaupun kerja berlambak dan banyak projek nak ditutup masa tu, semua colleague saya memang dah takda mood nak kerja sebab mood holiday dan ramai juga yang ambik leave. masa tu saya pun ambik leave dan boss pun dah approve. sehari sebelum leave saya cuti saya start, saya plan nak habiskan kertas kerja sebelum cuti sebab saya ada flight malam ke dubai. so saya plan kerja OT pastu balik tido sampai petang dan terus ke KLIA pukul 8.

so malam tu pukul 7 saya turun untuk beli makan malam dan pastu terus balik makan kat office. masa tu masih ada orang kat ofis, colleague yang terakhir keluar pun pukul 9. pukul 10 lebih pak jaga pun datang rounding sebab nak lock pintu. dia punya tanya pukul berapa saya balik sebab dia nak lock pintu dan terus balik. office di tingkat saya ada 3 pintu dan kesemuanya kena guna smartcard kalau nak masuk atau keluar. tapi pada waktu malam ada juga pak jaga yang diupah oleh syarikat kami datang untuk kunci pintu dengan mangga dari tingkat 15 - 20. so saya pun britahu dia yang saya tak pasti pukul brapa saya balik sebab banyak kerja lagi. so dia kata dia lock pintu 1 dan 2. kalau saya balik nanti guna pintu ketiga dekat tandas dan lift. dia juga pesan kat aku untuk tutup lampu dan beritahu security guard bangunan di ground floor tu untuk tutup lampu korridor kalau saya nak balik. security yang ni pula diorang bekerja dengan management building tersebut. mereka tiada kunci office syarikat ini.

pastu saya pun selamba buat kerja saya sambil mendengar radio. pukul 12 lebih saya pergi ke tandas sebab nak buang air. masa saya cuci tangan tu terdengar pula orang bukak pintu dengan smartcard. mesin smartcard tu akan beep 6 kali kalau ada orang masuk dan kalau ada nak keluar mesin tu akan beep 2 kali. saya pun hairan la siapa yang balik office pukul 12. pastu teringat pulak pak jaga tu. saya pun cepat cepat keluar dari tandas dan beritahu pak guard tu supaya jangan kunci pintu dulu sebab saya belum habis lagi. bile keluar je dari tandas seorang pun tak nampak, masuk ofis pun tak ada orang. saya pun hairan la masa tu siapa yang masuk tadi tapi tak keluar. saya fikir masa tu mungkin saya letih dan tersilap dengar. so saya pun continue siapkan kerja saya.

akhirnya pada pukul 2 kerja saya pun dah siap. saya pun setkan laptop saya untuk print dan sementara menunggu dokumen saya siap print, saya pergi ke pantry untuk cuci cawan kopi saya. masa saya jalan ke pantry saya double check memang tak ada sesiapa kat dalam office. lepas dokumen dah siap print saya pun bersiap sedia nak balik. masa tu saya terdengar lagi orang buka pintu dengan smartcard. pastu saya pun tanya la siapa kat sana dan takde orang jawab. lepas tu, rambut dan bulu roma saya terus meremang. apa lagi? saya pun bergegas ke pintu keluar la.

bila saya buka pintu tu saya pun terkejut seketika sebab lampu koridor sudah ditutup dan hanya lampu dari tangga kecemasan yang menyinari sebahagian daripada koridor tersebut. tak tau apa nak buat saya pun gunakan handphone saya sebagai torchlight dan berjalan secepat mungkin ke lift sambil bercakap dengan diri saya sendiri. masa dalam lif tu aku rasa agak sejuk dan seram la. sampai je ground floor aku pun tanya si security guard tu naper dia tutup lampu. dia sendiri pun hairan kenapa saya turun last sebab dia kata pukul 12 lebih ada seorang staff perempuan keluar dari lif dan beritau kat dia untuk tutup lampu koridor di tingkat 19. so guard yang ni pulak walkie talkie kat member dia di tingkat 18 untuk confirm sama ada lampu office di tingkat 19 dah tutup ke belum. member dia confirm memang lampu office saya dah tutup so dia pun tutup lampu koridor.

bila saya nak tanya siapa perempuan tu, belum sempat nak tanya lagi, si guard tu pun pandang kat saya dan dia kata "saya tahu apa awak nak tanya. tapi tak usah nak tanya lah. tak eloklah cakap pasal benda2 ni, lagipun dah tengah malam. maaf la ye, mungkin kami yang tersilap."

yang hairannya kenapa security guard tu kata lampu office saya dah tutup sedangkan saya masih di dalam office dan lampu masih dibuka pada masa tu. dan yang paling menghairankan, siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh si security guard tu? sampai hari ini, rambut dan bulu roma saya pasti akan meremang setiap kali teringat insiden ini.

Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Thursday, April 14, 2016

Koleksi Kisah Seram : Misteri Bilik 8

Assalamualaikum

Kisah seram ni berlaku tahun 2000.. Masa tu ada kursus dengan kawan² lain di sebuah Maktab Perguruan di utara tanah air.. Jadi masa daftar tu semua pelajar akan disebut nama, nama partner dia dan nombor bilik.. Maksudnya diorang dah pecah² la. So bercampurla sikit dengan budak² sekolah lain… Semua kawan² aku yg lain dah dapat bilik dan tiba giliran aku.. Dengan yakinnya aku dan kawan aku pun mencari² bilik masing².. Bilik dia nombor 6 dan bilik aku bilik nombor 8.. Lepas kawan aku letak beg dia, dia ikut aku ke bilik aku pulak.. Terpana kami bila tengok bilik tu siap ada mangga lagi berkunci..

Lepas mengumam sesama sendiri kami buat keputusan ke bilik urusetia untuk pengesahan… Urusetia tu tanya… bilik nombor berapa.. Kami pun bagitau la.. Bilik nombor 8 tapi berkunci.. Urusetia tu dengan suara yang sangat mendatar jawab… Memang bilik nombor 8 tu kunci sebab tak boleh duduk… Bila check nama aku sekali lagi rupanya bilik aku nombor 11… Aku pandang muka kawan aku.. Dia pun pandang muka aku macam tak pecaya.. Memang kami berdua dengar bilik aku nombor 8 tadi.. Jadi dengan bingung² nya bawak beg masuk bilik nombor 11.. Lain sangat rasanya nombor 8 dengan 11.. Macam mana boleh dengar nombor 8 tu.. Kawan aku pun dengar yang sama..

Malam tu lepas Ice Breaking (pecah air batu) kami semua masuk tidur.. Roomate aku kata nak tidur bilik kawan dia jadi aku pun tumpangla tidur dengan kawan aku.. Masa tu dalam pukul 1 pagi, aku dan kawan aku tak boleh tidur… Yang roomate dia dah selamat belayar… Tiba² aku dengar bunyi macam bergaung… Sangat mengganggu.. Di ikuti bunyi ketukan pintu demi pintu bermula dari bilik hujung.. Ketukkan tu bukan macam ketukan biasa… Melurut dari atas ke bawah… Aku pandang muka kawan aku.. Aku tanya dia dengar tak? Dia angguk… Lega! Bukan lega apa.. Lega sebab bukan aku sorang je dengar.. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin menghampiri… Kami berdua tengok roomate kawan aku relaks je dah lena….

Baca ayat Kursi pun dah lintang pukang.. Kami pejam mata rapat²… Sebab bunyi ketukan tu dah sampai bilik sebelah… Dalam hati aku berkata… "hang nak ketuk sampai pagi pun ketukla… Jangan buka pintu atau tunjuk muka hang dah"… Sampai kat pintu kami ketukan tu dirasakan sangat lama… Berulang² melurut² dari atas ke bawah.. Dan bunyi bergaung tu pun tak berenti² lagi.. Hampir pukul 3 baru berhenti…

Aku dengan kawan aku dah tak boleh lena… Bila dengar je azan Subuh kami terus lari pergi ke bilik kawan sorang lagi.. Tanya ada dengar bunyi ketuk pintu tak semalam… Diorang semua kata tak ada… Maknanya memang aku dan member aku yang pergi tegur bilik nombor 8 tu je la yang dengar… hmmm… Masa LDP pagi tu fasilitator tanya boleh tidur ke tak.. Sebab diorang pun ada yang terkena bilik panas… Banyak nyamuk katanya sampai terpaksa tumpang tidur ramai² bilik fasilitator lain.. Akhirnya sampai malam akhir kami tidur beramai².. Tapi Alhamdulilah tak ada gangguan…

Akibat dari kejadian tu hampir sebulan aku fobia tak boleh dengar orang ketuk pintu.. Kalau dengar je  jantung aku berdegup kencang… huhuhu… Pengajaran yang aku dapat.. Bila pergi tempat orang.. Kalau ada benda² pelik aku tak tegur dah… Itulah pengalaman pertama aku.. Sekian, terima kasih..


Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Thursday, April 7, 2016

Koleksi Kisah Seram : Gangguan Cermin Misteri

Assalamualaikum

Kisah seram yang dikongikan ini adalah kisah benar yang di alami oleh Ina. Perkongsian ini dilakukan oleh kawan Ina supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah seram ini. Gangguan yang dialami oleh Ina sesuatu di luar jangkaan manusia. Cerita ini berkisar gangguan di rumah kondo yang pernah didiami oleh Ina. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.

Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takut bila dengar Ina cerita kat aku pasal cermin misteri tu.

Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi dia atau kisah benar yang dialami Ina.

Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas, dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, dia pun pulang ke rumah ibunya di Kepong kalau tak silap aku.

Gangguan Sakit Misteri

Sampai situ je dia cerita kat aku. Setelah lebih dua bulan Ina tak hubungi aku, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Ina cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang mendadak.

Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.

Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, "aku takut tengok cermin tu lah!!' Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Ina sehingga dia bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai Ina lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin. Apa yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini… Sekian, terima kasih.

Betul juga kata ibu Ina tu, jangan letak banyak² cermin dalam rumah. Mungkin yang tak eloknya letak cermin banyak² ni nanti asyik nak tengok cermin je. Padahal boleh buat kerja lain selain mengadap cermin je kan. Apa pendapat korang pula menenai kisah misteri yang dialami oleh Ina??


Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Thursday, February 4, 2016

Koleksi Kisah Seram :Ibu, tengok tu.. hantu tu tengok kita!

Assalamulaikum

My boy kelebihan dia, petah bercakap dari kecil.Then satu hari, gerimis2, waktu maghrib, tiba2 dia menangis kuat, jerit2 kata ibu takut! ibu takut! bila ditanya kenapa, dia kata takut, orang tgk dia. husband still belum balik bekerja, i jadi panik...mana ada orang lain selain kami bdua.

then srentak itu,tiba2 disekeliling tempt kami dudk dpn tv, i baru terperasan, banyak sangat ulat2, kecil2, color hitam...penuh keliling. i hairan n cari mana punca dtg ulat tu. x pnh nmpk rupa ulat mcm tu. my boy still nangs2, call husband pun ambil masa on da way. i sapula, then bila i letak penyapu,tgk tmpt tu still pnh lagi dgn ulat tu. i check semua dalam rmh yg  rasa punca ulat...tv,bakul smph dll. i dah rasa meremang dah...baca apa2 yg patut, i masuk bilik,ttp pintu. then my boy brhnti nngs, i kluar bilik n tgk dpn tv ulat dah x da. x

x lama lepas tu, kami sfamly tgk slot crta seram tv3, tetba anak i tnjuk hntu dlm tv tu...dia ckp,abg nmpk mcm ni la...dia garang! kami mmg x pnh takut2kn dia even dgn pktaan hantu,momok dsb.rupa-rupanya itulah titik awal anak i nampak bnda2 yg kita x nampak...dan dia smakin kuat smgt.

then pas tu, dia kerap describe apa yg dia nmpk. pnh masa i solat,pun waktu mghrb,tetba dia peluk i.kuat n pejap. bila slesai slt i tnya dia. then dia jawab...hantu tu tgk abang, dia garang...siap dia dscribe rupa bnda tu. kadang2 tetiba bgn tgh malam,merengek2 takut...takut...tetapi smkin besar,kdng2 dia smkin brani,mcm dah lali dgn apa yg dia nmpk,kami x nmpk.

mula2 i n my husbnd ignore je apa yg boy kami kata. tapi lama2 bila tgk dia mcm 2 kami semakin pcaya dgn apa yg dia katakan. if braya mmg bmasalah. x semua rumah dia nk naik n kebanyakan rmh tu rmh org2 tua yg i pnh dgr crta kturunan mrka ada bela2 bnda2 mcm ni, Wallahualam. my amkcik2 and pakcik2 kdg bila kami braya ramai2 dia mengusik my boy ni, tnya dia...rumah ni ada hantu tak? dia kata...rumah ni tak adelah! rumah tu ada tau. tgk tu...nampk x?color black,banyak bulu dia tau. acik takut x?

ada pnh i sefam and my parents pg lawat saudara yg mmg dah sangat tua,sakit pun dah lama. tgh dok borak2 tetibe my boy cakap dgn sepupunya...abang,jgn ddk tangga tu. kat situ ada hantu tau,hantu tu ddk dgn abang,dia tgk abang. tgk tu ! eh,eh...hantu tu dah x da, dia pg bilik tu. ( kbtuln bilik yg my son tunjuk tu mmg bilik larangn utk dmasuki).

masa ank i ckp mcm tu, semua trgamam. budak...kuat suaranya. si pesakit nampak sgt berubh muka...hish..kdg2 rasa serba salah jg tapi nk buat mcmana...

banyak la lgi peristiwa2 yg berlaku cthnya mcm kita naik kereta mlm2 tiba2 dia akan cakap, ayah! ayah! tgk tu, hantu tu ikut kita, rambut dia pnjng tau ayah...banyak lagila...tak larat nk tulis.

tapi kritikal insiden ialah pd ktika usia dia 2thn ++. 1 hari, my SIL rest atas kerusi...tetibe my boy kata, tgk tu...hantu tu ddk bwh kerusi tu. mak ngah jgn ddk situ. tehn my SIL kata kat my boy...ye ke? mana ada hantu..tipu eh...my boy jawab balik. napa mak ngah x pcaya? tgk tu,mak ngah...tgk tuh, sini kita tnjuk. my SIL ni tanya...awak nmpk apa? my boy jwb, tgk tu, hantu tu...lidah dia panjang sgt mcm ni... (siap dia jelir lidah. kbetulan masa tu i mmg di situ), rmbut dia pnjng...mata dia big tau...dia ada mcm cow tu kat sini ( maksud my boy tanduk and dia tnjk di dahi)...dia garang tau. tgh sibuk2 dia describe tu tetiba dia lari pada i       (masa tu i and my SIL dah meremang bulu roma jgn cakapla) and peluk kuat2..ibu,abang takutla (setelah agk lama i x pnh dgr dia ckp takut) hantu tu mrh abang...ibu mrhla hantu tu.

tetiba my son ckp...pergi sana! pergi sana! jgn kacau....

my SIL tanya my son, hantu tuh dah pg ke, my son ckp x...dia kat situ.(sambil tnjuk satu sudt. masa kjadian ni, i d kg). i bawa dia pg k tmpt lain...n bagi dia susu ampai tertidur.

keesokan harinya, dia dmam.panas sgt..i bawa ke klinik.

dmam berlarutan hari ke 3... i n my husband dah risau, so bwa ke klinik lg. check cma dmam biasa tapi my son kali ni nmpak lemah sgt...so kami buat keputusn bwa dia ke Hosp Pantai. dia dithn and masuk air..ubat..

even dah masuk hari ke 6 dia x berubah, smakin lemah dktr pn naik hairan,check mmg tak da papa. my parents dtg dr kg and kami bpakat hntar my son ustaz.

rupa2nya kat ustaz tu...my son mmg ada kelebihan 6th sense, mmg apa yg dia nmpk selama ni satu anugerah Allah. ustaz kata, my son ni kuat smgt tp , syaitn wujud dlm mcm2 rupa. x tbayang dgn mata kepala kita...myb yg terkhr dia nmpk tu,rupnya sgt menakutkn, x tbayang kita... so ustaz tu cdngkn kami utk ttp matanya dari nmpk bnda2 mcm tu. dia akan cube bantu if kami stuju. kami stuju.

memang semasa i pregnt kan my son, i sgt kerap mmpi ada org dtg nk ambil dia...tapi masa tu my mum kata,kena byk dkatkn diri dgnNya. Fatihah dan ayat Kursi kna amalkan cz dulu masa my mum pgnantkn my 1st bro, cik ponti dtg...sampai bgegar rmh cz cik pon tu trbng keliling rmh,mengilai2. Maklumlah, masa tu dia kerja n dtmpatkn di pulau terpncil dan kbtuln dlm kg tu ada seorng bidan tua yg dikatakn bela2 mcm tu n dia sakit. Wallahualam..

Alhamdulillah, my boy keesokan harinya sihat...and lepas tu x pnh dgr dia ckp ttg hantu. even if kami tnya dia ttg hntu mst dia jawab..mana ada...sehingga ke hari ini...skarang dah usia 3thn ++ pun.

Sumber : Copy Paste



Salam Sayang.
Atie

Thursday, January 21, 2016

Koleksi Kisah Seram : Misteri Wad Bersalin

Assalamualaikum


Assalamualaikum, ni satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam

Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Thursday, January 14, 2016

Koleksi Kisah Seram : Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Shah Alam

Assalamualaikum


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310

Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie

Thursday, January 7, 2016

Koleksi Kisah Seram : Psycho itu Kawan Aku

Assalamualaikum













Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie

Thursday, December 31, 2015

Koleksi Kisah Seram : Housemate Psycho

Assalamualaikum



Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie