Assalamualaikum
Adam asyik je tanya Ummi nak tak air fryer.. Tiba-tiba je nak belanja.. Tapi Adam biasa lepas balik dari kerja memang akan belanja Ummi sesuatu.. Dia kata anak solehkan... hmmm.. ye kan je...
Adam dia kerja atas kapal, so duit gaji every month memang x terusik la kecuali bila naik ke darat.. Bila kat darat, shopping bukan main lagi.. Tapi dia banyak belanja family la.. Bila dia ada, boleh la request nak makan benda mahal-mahal.. Si kakak pandai ambil kesempatan je.. Hahaha
So berbalik kepada Air Fryer, lepas survey beberapa tempat maka terbeli la Trio Air Fryer.. Survey untuk cari yang murah dan berbaloi.. Tak sempat pun nak study dulu kat internet.. Adam bila nak beli benda, terus nak sekarang.. Tu yang terus survey kat kedai..
Tengok brand lain macam mahal sangat.. Philips confirm la harga RM1+++, ada juga RM8++.. Tapi still mahal..Panasonic pun RM5++.. Still mahal lagi.. Lepas survey beberapa kedai, last-last jumpa juga yang murah dan berbaloi-baloi.. Trio Air Fyer RM220.. Murah
Sebelum beli tu, Atie pergi beberapa kedai kat area KB ni, macam G-Orange Mall, SenQ, Pasific dan Mydin.. Semua tempat dah survey, tapi x jumpa yang under budget.. Kalau ikutkan Adam, RM5++ dia boleh sponsor lagi, tapi rasa x berbaloi la beli air fryer mahal-mahal.. Tak tau lagi kan best ke x guna.. Kalau tak guna, kan bazir je beli mahal-mahal..
Atie beli kat kedai Sharp depan Nasi Abg Mi kat traffic light Taman Maju.. Siapa-siapa orang KB nak cari juga, boleh la pergi kedai tu.. Atie rasa kat kedai tu harga ok juga.. Lepas survey beberapa kedai, yang tu rasa murah.. Atie ada survey juga Philips Easy Touch Garment Steamer, harga lagi murah dari kedai sebelum-sebelum ni Atie pergi.. Tapi untuk Garment Steamer tu Atie beli brand lain.. Yang tu Atie x test lagi, nanti Atie try buat review pasal product tu pulak..
Untuk Air Fryer, akhirnya memilih brand TRIO.. mungkin kat online macam lazada dapat harga lagi murah la.. Tapi lepas tambah postage, harga lebih kurang je..
- Adjustable timer & temperature control
- Convenient handle design
- Detachable frying basket with protection cover on release button
- Rapid air technology for healthier frying
- 2.6L Capacity
- 80-200ºC temperature setting
- 30 minute timer
- Cool touch handle
Di sertakan sekali manual untuk menggunakan air fryer ni dan ada juga setting masa untuk menggoreng ayam, nugget dan macam-macam lagi..
Setakat ni Atie sangat berpuas hati menggunakan air fryer ni.. Memudahkan kerja juga.. Pagi tadi Atie goreng nugget.. Masukkan dalam air fryer set masa dan boleh la pergi mandi atau buat kerja lain.. Siap je, dah boleh makan.. Sangat menyenangkan kerja dan tidak lagi terpercik minyak.. hehehe.
rasa nugget lebih sedap dari goreng pakai minyak sebab x menyerap minyak
(12 minit je)
ayam berempah
(15 minit.. tengok saiz ayam juga)
Kalau rasa nak start makan healty food, boleh la beli 1.. lepas ni goreng-goreng tak payah pakai minyak dah.. Healty sangat.. Apa-apa brand pun tak kisah yang penting 'no more oil'.. Hahaha
Update 9 Nov 2021: Trio Airfryer masih ok dan masih di gunakan sampai sekarang.. 😊
2 comments:
Titanium Fidget Spinner - TITanium Art
TITNIA ART: This intricate design has been designed titanium undertaker and published infiniti pro rainbow titanium flat iron by TITNIA art, featuring titanium nitride coating service near me the beautiful, titanium tent stove delicate and intricate facets of the human titanium trim walmart body.
ls879 klekt yeezy,klekt discount code,flight club sell,klekt codice sconto,flight club 日本,flight club norway,klekthrvatska,xn--riekerayakkab-gbc,riekerchaussures jr777
Post a Comment