Assalamualaikum
Semalam dan 2 hari lepas, kerja Atie buat biskut Dahlia with Chocolate Rice je.. 2 hari buat 1 jenis biskut je sebab nak bagi kat kawan2 dan nak bawa ke Family Day Raya nanti.. So kena make sure biskut ni cukup la.. tu yang sampai 2 hari buat biskut sama. Hari ni dah kerja, x tau la bila pulak boleh sambung buat biskut.
Ni Atie ada nak share resepi, mana tahu ada kawan2 nak buat juga..
3 cawan gandum (diayak)
3/4 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan kastard
1 ketul butter (Atie agak dalam 250g)
2 biji kuning telur
vanilla
Cara-Cara
Bland gula dan butter hingga sebati (Atie pakai mixer)
Masukkan telur dan kacau sebati
Masukkan gandum, tepung jagung, kastard dan vanilla
Gaul sebati
Bakar pada suhu 190degree - 20 minit
Chocolate Rice sekadar hiasan *tapi bila letak makin sedap rasa biskut
Salam Sayang,
Atie
No comments:
Post a Comment