Pages

Thursday, September 17, 2015

Tips Penjagaan Kura-Kura

Assalamualaikum

Selamat kembali bekerja selepas 1 hari bercuti.. Walaupun dapat cuti 1 hari, happy je kan.. 
Hari ni Atie nak bagi tips pasal penjagaan Kura-kura.. Dulu Atie ada sekor kura-kura, tapi dah mati.. Mungkin penjagaan dia x betul.. Sebab kura-kura ni sensitif..

Baru-baru ni, adik Atie bawa balik lagi sekor kura-kura.. Atie pun google la penjagaan kura-kura dengan betul.. X nak dah bagi dia mati.. Sedih..

Ni kat bawah ada beberapa tips.. Kawan-kawan pun boleh ikut cara penjagaan yang betul :-
  1. Tukar air bila rasa air tu dah bau busuk.. Jangan biar air kotor terlalu lama, sebab kura-kura akan menjadi tidak aktif.. X perlu tukar setiap hari, tapi kalau rasa air tu dah bertukar warna, cepat-cepat la tukar.. Akuarium pun kena pastikan sentiasa bersih.
  2. Sediakan tempat untuk berjemur  macam batu atau pasir yang korang timbun menjadi tempat yang tinggi dan kering.. Sebab kura-kura ni suka berjemur dan perlu berjemur.. Ada waktu kat air ada waktu kat darat.. Kura-kura Atie kadang-kadang dalam air je, so Atie letak dalam bekas kering untuk dia berjemur seketika di bawah cahaya matahari atau lampu..
  3. Cengkeram dia kena pastikan bersih dari lumut.. Setiap kali mandikan kura-kura, kena pastikan cengkeram di berus.. Jangan pakai sabun pulak tau.. Sebab akan menyebabkan cengkeram menjadi lembik..
  4. Jangan jadikan kura-kura tu haiwan pemalas.. Sesekali kena letak dia di luar akuarium untuk dia berjalan-jalan dengan bebas.. Kura-kura Atie mula-mula dulu pemalas juga, bila letak kat luar je terus menyorok dalam cengkeram.. Tapi lama-lama ok dah.. Boleh merayap sana-sini.. Tapi alert la jugak jangan sampai hilang..
  5. Bagi makan dua kali sehari.. Kura-kura Atie makan udang kering je.. Bila bagi makan pallet yang beli tu, dia x makan.. Risau juga, takut dia x cukup zat.. Nak buat macam mana, dia x nak makan.. Tapi Atie akan letak juga sebjik pallet tu, mana tau dia makan sikit-sikit.. Actually kura-kura ni boleh je bertahan kalau korang tak bagi makan pun.. Tapi macam mendera pulak bila x bagi makankan.
  6. Kena menggunakan air anti-chlorine untuk kura-kura ni.. Kalau korang guna air paip kena letak la anti-chlorine..
  7. Selalu main dan belai kura-kura.. Haiwan ni pun ada perasaan juga tau.. Nanti dia akan jinak dan kenal tuan dia.. Kura-kura ni suka menggigit juga walaupun kecik.. Jangan pulak main-main kat mulut dia, nanti x pasal-pasal kena gigit..



Harap-harap, tips kat atas dapat membantu kawan-kawan yang pelihara kura-kura.. Kalau ada tips penting yang Atie x buat boleh bagitahu Atie yea.. Atie pun nak pastikan Kura-kura Atie sihat dan membesar dengan jayanya...



Salam Sayang,
Atie


3 comments:

Nieyl said...

Salam pagi...
en.husband time bujang dlu penah bela...
dr kecik sampai ke besar...

Shikin Razali said...

Akak pun ada bela jugak, ada toga ekor, sumanya import khas dari Terengganu,hihi

PeRdU cINta said...

Ha sepupu PC suka bela kura2..beli sesaiz duit 50 sen...sampailah dah selebar pinggan..haha..bila mandikan berus cengkerang dia guna berus gigi lama...seronok pulak tengok..