Pages

Sunday, January 24, 2016

Tiada lagi MARA

Assalamualaikum

Pelajar-pelajar terseksa di sebabkan oleh kerajaan.. Dengar cerita MARA telah membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar universiti.. Adik Atie, Azim pun terkena tempias sekali.. Sekarang Azim dah semesta ke 3 di UniKL Melaka.. Azim pun dalam di lema untuk meneruskan pengajian di UniKL atau berhenti dan memohon balik UPU..

Bayangkan yuran UniKL untuk 1 sem RM5700.. Kalau nak biayai sendiri memang x mampu.. Tu baru yuran, belum lagi kos penginapan dan makan.. Kos beli buku-buku dan bengkel belum kira lagi.. Ada pelajar-pelajar yang terpaksa berhenti belajar.. Kesian memang kesian, tapi keadaan terdesak.. Tapi bila berhenti, yuran yang tertunggak masih perlu di jelaskan.. Lebih kurang RM12,000.. Bertambah kesian.. Belajar x sempat habis, tapi hutang dah bertimbun.. Salah siapa??

Azim mungkin akan meneruskan pengajian sehinggalah kerajaan memberi kata muktamad bahawa MARA tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar lagi.. Masa tu kita terpaksa mencari jalan lain.. Tapi Atie masih berharap kerajaan mempertimbangkan dalam isu ini.. Kesian kat pelajar-pelajar yang bersungguh-sungguh nak belajar..

Nak belajar pun x tenang dah sekarang memikirkan kemana hala tuju hidup.. Tapi belajar Lillahi Taala.. InsyaAllah di permudahkan..

Semoga semua di permudahkan


Salam Sayang,
Atie

2 comments:

Aisy said...

I feel the worries

Hajar Shikin said...

Nak belajar pun susah sekarang ni. Nak pakai duit sendiri kurang mampu. Sebab tu pinjaman sebegini tak patut dimansuhkan