Pages

Monday, January 11, 2016

Gelagat Client

Assalamualaikum

2 hari ni Atie stress je nak hadap client yang sorang ni.. Macam-macam alasan bila nak suruh bayar.. Company Atie start buat project dengan dia dari bulan 5 lagi.. 

Dia nak buat website untuk middle package.. Deposit laju je bayar.. Ok, happy je sebab client ni senang nak buat payment.. Tapi jangan terpedaya, rupa-rupanya ni la client paling teruk sekali..

Biasanya tempoh nak siapkan website paling lama 1 bulan.. Kalau client dapat sediakan maklumat dengan cepat, lagi cepat dapat siapkan.. Kami biasanya akan siapkan dalam tempoh yang telah di janjikan..Tapi 1 client ni, nak tunggu bagi gambar dan maklumat pun dah berbulan-bulan.. Bila website dah siap pada bulan 11, kami akan bagi training untuk handle website tu.. Bila semua dah settle, final payment perlulah di settlekan cepat-cepat.. Nak close case dah kan..

Tunggu punya tunggu, baru semalam bagi cheque.. Tu pun PD Cheque.. Stress betul.. Sebelum ni macam-macam alasan bagi.. Boss dia x tengok lagi la website.. Ada nak tukar sikit-sikit la.. Sebenarnya, dalam bulan 10 lagi kita dah suruh tengok website tu.. Kalau ada apa-apa lagi nak tukar or nak tambah.. Kami bagi tempoh yang lama dah untuk tengok dan nilai.. Bila staf dia bagitau boss dia cakap OK, kami terus tutup case, bagi trainning and tunggu payment.. Bila semua dah settle, baru nak tukar itu, nak tukar ini.. Siapa x bengang..

Ok la, customer always right.. So, kami ubah mengikut kehendak dia.. Bila dah settle, mintak nak suruh trainning lagi staf dia yang lain.. Kalau ikut perjanjian, kami dah bagi training.. Tapi x pe la.. Nak cepat-cepat settle kan, so kami bagi training lagi..

Ok, semua dah settle.. Kami nak final payment.. Boss dia cakap, tunggu staf dia masukkan semua gambar-gambar project terbaru ke dalam website.. What!!?? Yang tu memang nak marah sangat.. Sebab pihak kami dah settle semua.. Yang masukkan gambar tu, staf dia boleh buat dari masa ke semasa..

Selepas 3 hari pergi buang masa kat office client tu, semalam dapat la payment PD cheque.. Xpe la, asalkan dah settle.. 3 kali Atie pergi office dia, memang untuk lepak je lah.. Boss dia janji nak jumpa, bila pergi dah keluar.. Lupa pasal appointment.. 3 kali macam tu la.. Stress

Mula-mula kami buat project dengan client ni, kami baru tahu client ni memang susah sangat buat payment.. Akhirnya terbukti juga.. 

Luahan perasaan mangsa keadaan.. Hahaha


Salam Sayang,
Atie


No comments: