Pages

Tuesday, January 5, 2016

Tanda Tangan di Wang Kertas

Assalamualaikum


Semua perasan tak, tanda tangan di wang kertas keluaran BNM?? Atie dulu langsung tak ambil tahu.. Nilai wang tu yang paling pentingkan.. hahaha. Rupanya wang kertas telah di tanda tangan oleh 6 orang Gabenor.. 

Sekarang Atie dah tahu serba sedikit pasal wang kertas keluaran BNM. Abang Ngah Atie pengumpul tegar wang-wang yang unik ni.. Macam-macam keunikan yang orang cari. 

Contohnya macam RM1 yang di tanda tangan oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Pasti ada orang cari, tetapi kalau ada pun pasti yang palsu sebab memang tiada keluaran oleh bank Negara Malaysia. Jenis ini diperlukan oleh pengumpul matawang kerana set tak lengkap tanda tangan tepi oleh  Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman iaitu RM100, RM50, RM10,RM2. Yang tiada adalah RM1 dan RM5. Memang rare kalau siapa ada koleksi ni.


1 lagi keunikan yang Atie tahu pasal pengumpul duit ni ada serial number pada wang kertas tersebut.
Makin cantik number tu, makin bernilai duit tu.. Mungkin harga mencecah ribuan ringgit.


contoh

Kualiti wang kertas itu sendiri juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai wang tersebut. Walaupun sesetengah wang sudah berabad lama, korang boleh jumpa lagi kualiti wang tersebut dalam keadaan tip top. Nilai wang mungkin lagi tinggi jika ada keunikan wang tersebut di tambah dengan kualiti wang tersebut dalam keadaan sangat baik.

Tu antara serba sedikit Atie tahu pasal pengumpul wang kertas unik. Atie nak kumpul sendiri memang tak la, kurang minat.. Tapi setiap kali dapat wang kertas, Atie akan cek serial number bagi pihak Abang Ngah.. Adik yang baikkan.. Hehehe


Salam Sayang,
Atie

No comments: