Pages

Thursday, July 30, 2015

Kongsi Ilmu : Nilai RM0.30 di dunia

Assalamualaikum

Sepasang suami isteri sedang membeli belah bersama seorang anak mereka. Mereka membeli satu tray telur. Si suami mengambil telur dan meletakkan ke dalam troli. Anak mereka yang baru berumur 2 tahun telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja.

" Yang, letak balik lah tray telur ini, ambil yang lain. Yang tak pecah. Kalau ambil yang ini, rugilah. Lagipun bukannya orang nampak. " Beritahu si suami kepada isterinya.

" Harga satu tray telur ni RM9.00. Ada 30 biji. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 je." Si isteri menjawab.

"RM0.30 pun duit juga yang" si suami pantas menjawab.

Si isteri kemudian bercerita kepada suaminya. Saya pernah dengar ustaz ada cerita mengenai hisab. Kesalahan paling kecil akan di adili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar.

Teringat juga kisah seorang alim. Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. Orang tua ini menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk di jaga sekejap kerana beliau ada hal lain. Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya.

Setelah orang alim ini mati. Kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. Kawannya bermimpi mengenai perkara tersebut beberapa hari. Kawannya bertanya " kenapa kau di seksa, sedangkan kau seorang yang alim ". Orang alim itu menjawab "aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. Kau tolong jumpa orang tua ini dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku".

Kawan orang alim ini berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim ini diseksa.

"Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen." si isteri menasihati suaminya.

"Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat."

Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dengan membeli satu tray telur. Sebiji telur dari tray itu sudah pecah. Mereka akur dengan nilai sebiji telur.


Salam Sayang,
Atie

Saturday, July 25, 2015

Realiti sebelum dan selepas raya

Assalamualaikum

maaf gambar blurr.. ambil dari FB


Salam sayang,
Atie

Friday, July 24, 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum

Lepas raya ni Atie x join mana2 giveaway lagi..
Tiba2 ternampak giveaway ni, jom kawan2 kita join.. boleh tambah kenalan juga..

(Klik Disini jika anda ingin Sertai Giveaway ini!!)

Kawankawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 

Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015

Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 

1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)

2. Follow blog ini, Aynal Mansor

3. Follow Instagram @FeecaMella 

4. Like Facebook FeecaMella

Soalan :

1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

*******
GOOD LUCK!!

Owh Si Kambing Bergolek

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua..
Mesti masih dalam mood raya semua kan.. Atie mood raya dah habis sebab kat rumah dah x ramai orang.. Feel raya memang x ada dah.. Kakak, abang, anak2 buah semua dah kembali ke rumah masing2.. sunyi dah rumah ni.. back to normal..
Tapi Atie still x puas hati lagi sebab Atie x dapat lagi makan kambing golek kat Open House Raya.. Memang favorite Atie lamb ni.. Sedih2, dari bulan puasa lagi x dapat makan..

arghh kambing golek... come to mommy!! 

Siapa2 buat open house ada kambing golek, bagitahu Atie yea..
Nak g beraya ni.. mehmehmeh!



Salam Sayang,
Atie

Thursday, July 23, 2015

New Header

Assalamualaikum

Apa khabar semua??
Ada rasa blog Atie ni lain x?? Ala, mesti la x perasankan.. Entah2 x ada orang baca pun blog Atie.. x pe lah, biar Atie sorang jelah yang baca.. Sebenarnya Atie tukar header baru!! Excited.. Siap buat entry lagi.. hihi.

Atie kalau x puas hati dengan header tu, Atie akan selalu tukar sehingga Atie jumpa yang betul2 memenuhi kehendak hati ini.. Yang ni Atie design sendiri, tapi setakat ni Atie rasa puas hati dah.. Pandangan Atie sendiri la.. Pandangan kawan2 Atie x tau.. Tapi xtau sampai bila Atie akan guna header tu.. Harap2 hati ni betul2 boleh terima..

Atie suka yang simple but nice.. Ok x header tu??



Salam sayang,
Atie

Tuesday, July 21, 2015

Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum



Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin
dari Atie & Suami 
*eh lupa, belum kawin lagi la!!!


p/s: wish awal2, takut x sempat update dah


Salam Sayang, 
Atie

Monday, July 13, 2015

Dah sebulan berlalu

Assalamualaikum

Dah sebulan birthday Atie berlalu, tapi masih ada yang bagi hadiah. Memang excited la kalau dapat hadiah, semua mesti sama jugakan. Hihi

Yang Atie paling happy sebab dapat hadiah Hello Kitty. Bracelet Hello Kitty tu. Cantik sangat. Dalam bag tu, shawl brand Hello Kitty juga. Yang ni hadiah dari My Boss. Dia memang tahu Atie suka Hello Kitty, sampai dia sanggup masuk kedai Hello Kitty kat Singapore yang masa tu penuh dengan perempuan.. Sweet la Boss ni.. Thank You BOSS.



Yang bawah ni pulak, dari Anak Buah Atie.. Excited sangat tunggu hadiah sampai sebab tiap kali dia call, dia selalu bagitahu ada hadiah untuk Atie.
"C.Chik, Tasneem ada hadiah kat C.Chik" ayat ni la dia asyik sebut bila cakap nga dia.
Bila sampai je dia yang terlebih excited "C.Chik cepat la buka hadiah Tasneem bagi tu. Dalam tu ada Novel dengan shawl". Alaa Tasneem, x surprise la.. Belum buka dah bagitahu hadiah apa. Memang happy dapat hadiah dari Tasneem, sebab dia ingat birthday C.Chik.
Thank You Tasneem and Love You More

hadiah dalam lupa nak snap



Salam Sayang,
Atie

Sunday, July 12, 2015

Dahlia with Chocolate Rice

Assalamualaikum

Semalam dan 2 hari lepas, kerja Atie buat biskut Dahlia with Chocolate Rice je.. 2 hari buat 1 jenis biskut je sebab nak bagi kat kawan2 dan nak bawa ke Family Day Raya nanti.. So kena make sure biskut ni cukup la.. tu yang sampai 2 hari buat biskut sama. Hari ni dah kerja, x tau la bila pulak boleh sambung buat biskut.

Ni Atie ada nak share resepi, mana tahu ada kawan2 nak buat juga..

3 cawan gandum (diayak)
3/4 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan kastard
1 ketul butter (Atie agak dalam 250g)
2 biji kuning telur
vanilla

Cara-Cara
Bland gula dan butter hingga sebati (Atie pakai mixer)
Masukkan telur dan kacau sebati
Masukkan gandum, tepung jagung, kastard dan vanilla
Gaul sebati
Bakar pada suhu 190degree - 20 minit

Chocolate Rice sekadar hiasan *tapi bila letak makin sedap rasa biskut




Salam Sayang,
Atie


Thursday, July 2, 2015

Tolong Jawab!!

Assalamualaikum

Good morning semua.. Atie nak tanya sikit.. Dah lama simpan, sampai x tertahan lagi.. Hahaha. So, hari ni Atie tanya juga kat sini, mana tahu ada yang sudi tolong..

Kenapa yea, setiap kali Atie follow blog2 lain, tapi bila Atie upload photo x jadi yea.. Akan keluar macam ni

Macam2 saiz dah Atie try, tetap x boleh upload..
Sebab tu bila Atie follow kawan2 semua, jadi kosong je.. Ni la masalah besar dia..

Tolong bagitahu kenapa yea!!


Salam sayang,
Atie

Wednesday, July 1, 2015

Luahan Perasaan

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk bulan baru, 1 Julai 2015. Bulan ke 7 bagi tahun 2015.. Sekejap je masa berlalu. Pejam mata bulan Januari, buka2 je dah Julai. Kejap je kan.. hmmm

Bila masuk 1hb ni, benda yang paling nak tahu adalah harga petrol.. Hahaha. Benda yang paling pentingkan. Atie pasti semua tertunggu-tunggu berita tu.. Kalau harga petrol turun, syukur sangat2.. dapat juga save sikit duit.. Tu kalau turun la... hihihi. Tapi kalau harga naik macam mana???!! Yang ni x leh kata apa la... Terima jelah nak buat macam manakan.

Kereta tetap mintak petrol, x kira harga mahal ke murah ke.. Tetap kena bagi makan.. Kalau x, naik basikal jelah.. SAVE!! Petrol 95 untuk bulan julai naik 10sen.. Walaupan nampak macam sikit, kesannya amat besar bagi kami yang bergaji kecil ni.. Menteri2 x pe la, boleh claim balik.. Alaaa, kalau pakai duit sendiri pun untuk letak petrol x ada kesan pun.. Gaji beribu-riban ni x rasa apa pun..

Aihh!! tiba2 Atie masuk isu politik pulak ni.. Maaf, terlepas sikit.. Nak meluahkan apa yang terpendam.. Hahaha. Sebenarnya blog ni Atie x nak cerita isu politik pun.. Nanti x pasal2 kena tangkap.. SO, kita duk atas pagar jelah.. Pagarkan tinggi, senang nak nampak apa yang berlaku kat bawah.. Kiri kanan, depan belakang pun kita mampu pandang.

p/s : sebenarnya hari ni nak cerita benda lain, tapi TERcerita benda lain lak.. hahaha