Pages

Monday, October 10, 2016

Adam Belanja di KB Burger Bakar

Assalamualaikum

Selepas 2 hari sesi memujuk untuk Adam belanja makan akhirnya berjaya.. Hahaha. Sebenarnya bukan nak sangat dia belanja, tapi nak dia bawa Atie keluar makan.. Bayar sendiri pun x pe.. Atie x biasa keluar malam sendiri kalau xde benda yang betul-betul urgent.. Tapi kalau keluar pun berteman..

Mula-mula Adam x nak keluar sebab hujan, tapi dah hujan renyai-renyai je.. Atie pujuk juga, nasib jalan juga pujukan ni.. Lagipun dah janji semalam yang malam ni nak keluar.. So kena tunaikan la.. Sape suruh berjanji.. kehkehkeh

Bila keluar mula-mula nak makan dekat Char Kuew Tiaw yang tengah femes dekat Pasir Pekan, tapi macam ramai je walaupun hujan.. Dah la kedai tu macam warung dan tempat yang ada bumbung dah penuh.. Kalau x hujan, boleh je duduk kat luar..

So, kita tukar haluan.. Kita cari burger.. Jom kita terjah KB Burger Bakar..



Semua order burger daging je.. Yang beza cuma kuantiti cheese je.. Lepas order baru teringat apasal la x gi makan Burger Mat Saleh.. Boleh try lain sikit.. Kat sini semua dah selalu makan.. Burger Mat Saleh, Atie pernah try tapi Adam dan Hajar x pernah lagi.. Burger dia pun lain dari yang lain.. Tula, bila dah order baru teringat pasal burger tu.. Next time.

Lepas order, cepat pulak sampai.. Macam biasa, Snap.. Snap.. dulu lepas tu baru kita terkam.. Bila nak betul-betulkan burger sebab nak bagi cantik gambar rasa roti dia macam x panas je.. Burger Patty pun sama.. Cheese pun x cair.. Boleh agak la patty tu x panas.. Aik, burger baru je sampai, x kan dah sejuk.. Bukan betul-betul sejuk la, tapi suam-suam kuku je.

Sebelum ni Atie makan kualiti dia ok.. Hari ni lain pulak.. Roti kalau sejuk jadi keras sikit.. X best nak makan.. Mungkin salah satu sebab dia weather hujan kot.. Yela, bakar kat luar kan, kena angin sejuk makanan pun cepat sejuk.. Tapi mesti kena fikir cara macam mana nak kekalkan panas bila hidang kat customer..


Atie terus buat complain dekat pelayan dia.. Pelayan pun cakap ok, nanti dia bagi burger free 2 biji.. Atie bagitau x kesah pun pasal burger free ke, cuma nak dia perbaiki kualiti.. Atie makan sebelum ni ok je..

Dah buat complain kan, kita makan jelah.. Habiskan nanti membazir pulak.. Tengah-tengah makan, pelayan dia hantar 2 biji burger yang siap bungkus.. Dia cakap sebab komplain.. Oklah rezeki, tapi makesure kualiti kena di perbaiki.. Nasib burger sedap.

Alhamdulillah rezeki dapat burger free dapat bawa balik kat Abah dan Ummi.. Rezeki lagi, sebab Adam yang bayarkan bill.. Hahaha

Next time kita try Burger Mat Saleh..

Salam Sayang,
Atie

2 comments:

Cik Nor said...

alhamdulillah

Wan said...

Alhamdulillah rezeki....sedap juga burger tu nampaknya...