Assalamualaikum
Akhirnya Atie dapat juga buat Air Nabeez.. Asyik lupa je nak rendam kurma sebelum tidur.. Mula-mula nak try tu takut juga, takut rasa dia jadi masam.. Yelah, dah rendam 1 malamkan.. Malam tadi teringat nak buat air nabeez, terus je buat.. Atie buat 1 mug, letak 3 biji kurma..
Bila masa sahur, terus try.. Rasa dia x masam dan sedap.. Rasa kurma tu dah keluarkan, kurma tu jadi tawar dan air sangat manis.. Nanti tiap-tiap malam boleh buat la..
Siap kena tegur lagi masa sahur tadi..
"kenapa buat 1 mug je, orang lain nak juga"
Hahaha.. Atie sebenarnya nak try je dulu.. Malam ni, janji buat lebih......
Gambar pinjam dari FB
Apa itu AIR NABEEZ?
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara2:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Salam Sayang,
Atie
1 comment:
info menarik,insa allah di cuba (>.<)
Post a Comment