Pages

Tuesday, June 14, 2016

Perlu ke WATERMARK di setiap gambar?

Assalamualaikum

Dulu pada setiap gambar Atie akan letak watermark, tapi sekarang ni dah malas nak mengedit gambar.. Transfer gambar je, boleh terus update kat blog.. Walaupun jarang-jarang update blog.. hehehe.
Bagi Atie, agak leceh nak letak watermark ni.. Kena edit satu-satu.. Lagipun Atie biasa update blog kat ofis.. Computer kat ofis pun x leh edit gambar.. So, jadi malas untuk letak watermark.. Kena pakai laptop.. 1 hal pulak nak kena buka laptop.. Malas la..

Perlu ke letak watermark??

Alaa... siapa la nak curi gambar-gambar kat blog Atie yang x seberapa ni.. Entah ada orang masuk baca ke x? Apatah lagi datang nak curi gambarkan... kihkihkih.
Zaman sekarang, apa-apa gambar pun orang akan jadikan bahan untuk menfitnah atau memviralkan.. So, perlu juga berhati-hati.. Rasa macam perlu pulak watermark ni.. hmmmmm.
Tapi Atie masih lagi malas nak letak... hahahahaha......

Dulu Atie suka design macam-macam watermark, guna kejap je lepastu rasa x menarik, design baru lagi.. Sebab tu kalau tengok dari awal blog Atie, macam-macam jenis watermark ada kat gambar.. Susah nak puas hati.. Tu salah satu sebab Atie malas letak watermark..

Ni antara yang Atie design.. Kalau x silap ada lagi.. hehehe.





Perlu ke letak watermark???!!

Yang Benar,
Atie

Monday, June 13, 2016

Lukisan Tasneem

Assalamualaikum

Habis sudah cuti sekolah 2 minggu.. Mesti budak-budak sekolah x ada mood dah nak pergi sekolahkan.. Pergi sekolah dengan berpuasa..Mesti penat.. Jangan tipu lak yea adik-adik.. Nanti kat sekolah, best je makan dan minum.. Balik rumah sambung puasa.. X baik tau, macam tu..

Tasneem pun dah balik rumah dia kat Paka.. Sedih je Tasneem bila nak balik sana.. X pe Tasneem, nanti nak dekat raya balik sini pulak.. 3 minggu je..


Lukisan Tasneem sebelum balik.. Siap buat air mata lagi tu.. Sedih sangat.. C.Chik pun sedih juga bila tengok Tasneem lukis macam ni.. sob.. sob.. sob..


Budak manja


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, June 8, 2016

Air nabeez

Assalamualaikum

Akhirnya Atie dapat juga buat Air Nabeez.. Asyik lupa je nak rendam kurma sebelum tidur.. Mula-mula nak try tu takut juga, takut rasa dia jadi masam.. Yelah, dah rendam 1 malamkan.. Malam tadi teringat nak buat air nabeez, terus je buat.. Atie buat 1 mug, letak 3 biji kurma..

Bila masa sahur, terus try.. Rasa dia x masam dan sedap.. Rasa kurma tu dah keluarkan, kurma tu jadi tawar dan air sangat manis.. Nanti tiap-tiap malam boleh buat la.. 

Siap kena tegur lagi masa sahur tadi.. 
"kenapa buat 1 mug je, orang lain nak juga"

Hahaha.. Atie sebenarnya nak try je dulu.. Malam ni, janji buat lebih......

Gambar pinjam dari FB

Apa itu AIR NABEEZ?
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara2:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


Salam Sayang,
Atie

Monday, June 6, 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kelantan Zon 1 2016

Assalamualaikum


Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Kita masih lagi berkesempatan berjumpa Ramadhan tahun ini.. Harap kita dapat manfaatkan Ramadhan seperti ini Ramadhan yang terakhir kita..

Salam Ramadhan untuk semua!!



Salam Sayang,
Atie

Sunday, June 5, 2016

Happy Birthday to Me

Assalamualaikum

5th June, its my birthday!! Happy Birthday to Me!!
Yang ke .................. hehehe.

Sempena Birthday Atie hari ni, Atie akan belanja semua orang makan.. Kalau siapa-siapa nak join boleh whatsapp Atie yea.. First come first serve.. hahahaha..

Atie harap, Atie akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..InsyaAllah.

Kita celebrate birthday di atas puncak Bukit Kluang hari niee..

p/s : Sanggup update pakai phone untuk wish diri sendiri.. hahaha


Salam Sayang,
Atie