Pages

Saturday, October 3, 2015

Aidiladha 2015

Assalamualaikum

Orang lain dah habis cerita pasal Aidiladha, Atie baru je nak start.. Maaf la tertinggal kereta api, tiket habiskan.. hehehe

Kali ni raya x cukup family member.. Abang ipar x boleh balik beraya sebab kerja dan adik Atie pun x balik sebab berada di tengah lautan.. Adik Atie balik 3 bulan sekali kadang2 6 bulan baru balik.. Yang best, bila dia balik dia belanja sakan untuk family.. Orang banyak duitkan.. Duk atas kapal, bukan boleh shopping kan.. Duit gaji simpan je..
Tahun ni macam biasa raya kat Pasir Mas, kampung sebelah Ummi. Memang tiap tahun korban kat sana sebab Abang kepada Ummi aka Pak cik Atie memang uruskan korban ni.. So senang, korban dengan dia la.. 

Gambar masa korban x ada la sebab Atie x tengok pun masa lembu kena korban.. Atie lepak kat rumah Pakcik Atie je.. Malas nak gi tengok.. Panas!! Cheh berlagak Atie ni.. hehehe. Lepas je siap bahagi2 kan daging, Atie terus balik rumah.. Siapkan bahan untuk bakar daging..

Kalau musim korban, favorite Atie daging bakar cicah dengan sambal kicap bodoh.. Kenapa panggil sambal kicap bodoh?? hahaha. Sambal simple sangat tu yang panggil macam tu.. Potong bawang merah dan cili, letak kicap, letak air limau nipis, dah siap.. Sedap!! Atie memang suka style macam ni..
Lemak bakar + Daging bakar.. Kalau daging tu merah2 sikit lagi, lagi sedap.. Yang ni over cook.

Pakcik Makcik belah Abah semua datang beraya kat rumah Atie.. So meriah la sesi makan2 ni.. Gambar kat bawah ni, ketika sesi memasak.. Bila masak ramai2 ni best, tolong menolong.. Kalau Atie x tolong, semua x perasan pun.. hehehe. Boleh duk lepak jee..



Masak kat luar senang, boleh masak ramai-ramai
*terpaksa hide gambar Tuan Rumah sebab x menutup aurat

Cousin dan anak buah lepak kat dalam rumah

X banyak gambar pun Atie ambil sebab tiba-tiba hari tu Atie sakit kepala.. Dah la 2 hari sakit kepala.. Tapai favorite Atie pun x leh makan time raya.. Makan ubatkan, bahaya.. Boleh membawa maut kalau Tapai + Ubat..

Malam tu sebenarnya nak buat BBQ, tapi hari raya baru nak cari ayam.. Memang x ada orang jual la.. Abah Atie membebel kat Adik2 dia sebab last minit baru nak cari Ayam.. Terpaksa la postpone..

Salam Sayang,
Atie

1 comment:

sedutzone said...

kambing golek satu....