Pages

Wednesday, February 12, 2020

Perbaharui Permit Pembantu Rumah

~Assalamualaikum~


Kali ni terpaksa taip kat blog.. Every year asyik lupa je cara untuk renew permit pembantu rumah. Bila letak sini, senang untuk diri sendiri atau orang lain refer walaupun blog tak ter’update’.. hehehe.

Ni cara untuk renew sahaja.. Untuk baru nak register, Atie dah lupa.. Malas la nak ingat balik.. hahaha. Nanti bila perlu nak register baru, baru kita fikir macam mana nak buat.. hahaha. (~sorry~)

Untuk yang nak buat sendiri (jimat woooo~)

1. Daftar pembantu dengan FOMEMA untuk pemeriksaan kesihatan
2. Bawa pembantu untuk pemeriksaan kesihatan di klinik yang telah  di pilih
3. Daftar dengan menggunakan MYEG ke Imigresen
4. Tunggu permit dihantar ke alamat yang anda daftarkan di MYEG.

Step 1 (FOMEMA)
  1. Pergi ke website FOMEMA https://portal.fomema.my/. Login menggunakan password yang sama masa 1st time register.
  2. Ikut setiap Step 1-5.. yang ni x susah pun.. Jangan lupa pilih klinik yang senang untuk kita kunjungi.
  3. Harga untuk FOMEMA ni adalah RM190.00(perempuan) – ada yang kata untuk lelaki dan perempuan harga berbeza.. Yang tu Atie tak pasti pulak.
  4. Boleh buat bayaran secara Online / Kiriman Wang / Bank Draf. Harga berbeza sedikit untuk caj.
  5. Jika buat bayaran secara online, selepas pembayaran , boleh print Salinan “Print Medical Examination Form” dan di bawa ke klinik yang dah dipilih untuk pemeriksaan. Form valid dalam tempoh 30 hari sahaja.
Step 2 (myeg)
  1. Login dalam website myeg https://www.myeg.com.my/. Untuk yang belum ada account, boleh create account.
  2. Klik Jabatan Imigresen Malaysia dan akan keluar Important Notice.

  3. Isi semua yang di perlukan.
  4. Boleh pilih cara penghantaran. Atie biasa pilih 'Delivery'. e-service Centre tu Atie tak tahu macam mana.
  5. Jumlah yang diperlu dibayar. Atie rasa yang ni berbeza mengikut warganegara.
    (warganegara Thailand)

  6. Payment boleh guna credit card atau online banking.
  7. Settle..  Dalam masa 3-4 hari (waktu kerja) akan sampai. Sebab Atie memilih untuk delivery (step 4), pihak Imigresen berdekatan akan datang untuk lekatkan sticker.
Total: RM 190(FOMEMA) + RM1(online charge) + RM595 = RM786

Kalau guna agent, mesti lagi tinggi bayaran.. sebab kena service charge oleh agent tu. So nak jimat, buat sendiri.. Tak susah pun 😊

p/s: Kena settle fomema dulu.. Bila result fomema dah keluar, baru buat myeg.

15 comments:

mjay said...

hi, nak tanya, lps no 7 (settle), kena pergi immigration x utk cop passport?
tq

The Harmony Kurung said...

rasanya imigresen akan bg stiker permit utk ditampal dlm passport maid tu...

Atie Rose said...

ikut cara penghantaran.. mcm atie pilih delivery, sp Imigresen akan pos sticker utk di tampal kat passport maid..

Db said...

Salam atie pernah tak register permit bibik online?

mjay said...

saya dh buat online. guna myeg. 1st buat fomema dlu. lps tu apply permit ikut myeg. sy pilih anta ke rumah. agent akan hantar visa dh letakkan ke passport. tq

Atie Rose said...

Atie pernah register permit bibik.. Tapi dah lupa macam mana nak buat.. sorry.. sebab lama sangat dah.. Sekarang kerja renew permit every year je..

aishah said...

sory nak tnya..dekat fomema tu.. insurance tu wajib ke?

Atie Rose said...

insurance x wajib kalau untuk renew.. cuma klu ada lg baik.. tp untuk baru daftar, insurance wajib

Unknown said...

Sy nak tanya, untuk renew permit pembatu rumah tahun ke 5, bayaran berapa ye?

Atie Rose said...

Untuk tahun ke-5 kena buat medical check up under fomema (rm191). Harga permit, sama macam tahun sblmnya.
macam saya pembantu dari Thailand every year RM595.

alialisakreatif.blogspot said...

ye lah senang. thk u share ya

Unknown said...

salam, nak tnya utk kes saya, bibik tukar majikan (saya majikan baru, masa ambil bibik, dia masih ada permit dan majikan lama sambung belajar). skrg saya nak renew permit, mcmna ya.. ada yang tahu boleh share tak. tq..

Atie Rose said...

Maaf, sy xtau pulak kalau kes macam ni.. mungkin boleh call Immigration untuk bertanya.. atau mungkin boleh tanya maid online.

Shajar said...

salam. nak tanye, maid saya xlama lagi habis 1 tahun. nak renew permit ni kena pergi fomema jugak ke? baru buat julai 2022

Atie Rose said...

utk tahun pertama hingga tahun ke3 kena buat fomema.. tahun ke 4 dan seterusnya selang seli