Pages

Sunday, September 23, 2018

Trio Air Fryer

Assalamualaikum

Adam asyik je tanya Ummi nak tak air fryer.. Tiba-tiba je nak belanja.. Tapi Adam biasa lepas balik dari kerja memang akan belanja Ummi sesuatu.. Dia kata anak solehkan... hmmm.. ye kan je...

Adam dia kerja atas kapal, so duit gaji every month memang x terusik la kecuali bila naik ke darat.. Bila kat darat, shopping bukan main lagi.. Tapi dia banyak belanja family la.. Bila dia ada, boleh la request nak makan benda mahal-mahal.. Si kakak pandai ambil kesempatan je.. Hahaha

So berbalik kepada Air Fryer, lepas survey beberapa tempat maka terbeli la Trio Air Fryer.. Survey untuk cari yang murah dan berbaloi.. Tak sempat pun nak study dulu kat internet.. Adam bila nak beli benda, terus nak sekarang.. Tu yang terus survey kat kedai..

Tengok brand lain macam mahal sangat.. Philips confirm la harga RM1+++, ada juga RM8++.. Tapi still mahal..Panasonic pun RM5++.. Still mahal lagi.. Lepas survey beberapa kedai, last-last jumpa juga yang murah dan berbaloi-baloi.. Trio Air Fyer RM220.. Murah

Sebelum beli tu, Atie pergi beberapa kedai kat area KB ni, macam G-Orange Mall, SenQ, Pasific dan Mydin.. Semua tempat dah survey, tapi x jumpa yang under budget.. Kalau ikutkan Adam, RM5++ dia boleh sponsor lagi, tapi rasa x berbaloi la beli air fryer mahal-mahal.. Tak tau lagi kan best ke x guna.. Kalau tak guna, kan bazir je beli mahal-mahal..

Atie beli kat kedai Sharp depan Nasi Abg Mi kat traffic light Taman Maju.. Siapa-siapa orang KB nak cari juga, boleh la pergi kedai tu.. Atie rasa kat kedai tu harga ok juga.. Lepas survey beberapa kedai, yang tu rasa murah.. Atie ada survey juga Philips Easy Touch Garment Steamer, harga lagi murah dari kedai sebelum-sebelum ni Atie pergi.. Tapi untuk Garment Steamer tu Atie beli brand lain.. Yang tu Atie x test lagi, nanti Atie try buat review pasal product tu pulak..



Untuk Air Fryer, akhirnya memilih brand TRIO.. mungkin kat online macam lazada dapat harga lagi murah la.. Tapi lepas tambah postage, harga lebih kurang je.. 


  • Adjustable timer & temperature control
  • Convenient handle design
  • Detachable frying basket with protection cover on release button
  • Rapid air technology for healthier frying
  • 2.6L Capacity
  • 80-200ºC temperature setting
  • 30 minute timer
  • Cool touch handle
Di sertakan sekali manual untuk menggunakan air fryer ni dan  ada juga setting masa untuk menggoreng ayam, nugget dan macam-macam lagi..

Setakat ni Atie sangat berpuas hati menggunakan air fryer ni.. Memudahkan kerja juga.. Pagi tadi Atie goreng nugget.. Masukkan dalam air fryer set masa dan boleh la pergi mandi atau buat kerja lain.. Siap je, dah boleh makan.. Sangat menyenangkan kerja dan tidak lagi terpercik minyak.. hehehe.

rasa nugget lebih sedap dari goreng pakai minyak sebab x menyerap minyak
(12 minit je)

ayam berempah
(15 minit.. tengok saiz ayam juga)

Kalau rasa nak start makan healty food, boleh la beli 1.. lepas ni goreng-goreng tak payah pakai minyak dah.. Healty sangat.. Apa-apa brand pun tak kisah yang penting 'no more oil'.. Hahaha


Update 9 Nov 2021: Trio Airfryer masih ok dan masih di gunakan sampai sekarang.. 😊


Monday, September 17, 2018

Tetiba rajin masak

Assalamualaikum

Tiba-tiba pulak Atie rajin post pasal resepi kan.. Biasanya resepi-resepi yang Atie post, semua Atie try masak dulu.. Lagipun bila post kat sini senang nanti Atie sendiri nak rujuk..

Atie bukan rajin masak dan sangat jarang masak.. Ni tiba-tiba rajin sebab UmmiAbah pergi menunaikan Ibadah Haji.. Atie la yang kena jaga adik-adik kat rumah.. Tu yang tetiba rajin masak.. Hahaha.. Kalau tak... Hmmmmmm, jangan harap serajin ni..

Sejak UmmiAbah xde, Atie la yang kena rajin turun padang masak untuk adik-adik.. Biasa weekend terlebih rajin la.. Kalau weekday penat balik kerja kan, jadi malas sikit.. Kalau Atie masak pun just nasi goreng je.. Tu pun kalau rajin la.. kalau malas, beli kat kedai je.. hikhikhik.

Kadang-kadang kesian juga dekat adik-adik, asyik-asyik nasi goreng.. Tu sebab Atie beli makanan kat kedai kadang-kadang, takut diaorang bosan makan nasi goreng.. Tapi A'zim dia bagitahu x kisah pun nasi goreng hari-hari.. Masa study dulu pun hari-hari nasi goreng.. Dah biasa makan menu sama hari-hari.. Dengar je dia cakap macam tu, fuhhhh..... lega la.. 

Ok.. lepas ni, hari-hari nasi goreng la... Hahahah

kami 4 beradik penjaga rumah

Thursday, September 13, 2018

Resepi Nasi Air Kelantan

Assalamualaikum



Bahan-bahan Sup:
Ayam bahagian dada
* Bawang putih (ditumbuk halus)
* Lada Hitam (ditumbuk lumat)
* Bunga Lawang 
* Halia (ditumbuk kasar)
* 1 biji bawang besar (dibakar dan di belah 4)
* Serai (di ketuk)
* Akar Daun Sup
* Pati Ayam
* Garam Gula secukup rasa

Sambal Cili:
Cili Padi
Bawang Putih
Cuka

Bahan-bahan sampingan:
Ikan Bilis goreng
Tauhu goreng dan hiris kecil-kecil
Daun Sup
Bihun – digoreng (tapi Atie x letak, malas nk goreng.. hehehe)
Minyak bawang putih



Cara-cara:
  1. Rebus Ayam sehingga masak dengan air yang banyak. Air tu akan digunakan untuk membuat sup.
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan masukkan semua *bahan-bahan untuk sup. Dan bila rasa semua dan lengkap boleh tutup api.
  3. Untuk Sambal cili, bland semua bahan-bahan dan di perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ayam yang di rebus tadi, di carik-carik untuk di makan bersama nasi air.


Untuk nasi, masak macam biasa tapi lebihkan air.. mungkin 2,3X lebih dari biasa.. Bila nasi baru masak, kacau-kacau untuk menghancurkan nasi dan tambah air sikit kalau xnak dia berketul atau melekat-lekat.

Selamat Mencuba!!



Monday, September 3, 2018

Resepi Daging Bakar "Harimau Menangis" @ "Sua Rong Hai"

Assalamualaikum



Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam) :

1. Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap - ketebalan daging 1.5cm (anggaran Atie)
    - cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap
2. gula
3. sos ikan (nampla)
4. sos tiram
5. myk masak
6. lada hitam

agak-agak je tau xde sukatan

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging :

1. sos ikan (nampla)
2. air asam jawa
3. jus limau nipis
4. thai palm sugar
5. serbuk cili thai (kalau x cukup pedas, boleh tambah cili padi tumbuk)
6. bawang merah
7. beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
8. daun saderi (hiasan)

Selamat mencuba..

Gambar masa grill daging x ada.. tengah kelam-kabut buat sos..