Pages

Thursday, June 8, 2017

Resepi : Begedil

Assalamualaikum

Bahan bahan:

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa



Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
*boleh juga guna cara merebus sehingga empuk.

Sementara daging/ayam kisar dimasak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang betul-betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Gambar dah siap goreng x ada.. 

Selamat mencuba.