Pages

Thursday, June 8, 2017

Resepi : Begedil

Assalamualaikum

Bahan bahan:

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa



Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
*boleh juga guna cara merebus sehingga empuk.

Sementara daging/ayam kisar dimasak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang betul-betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Gambar dah siap goreng x ada.. 

Selamat mencuba.

Tuesday, June 6, 2017

Happy Birthday to Me!!

Assalamualaikum


Semalam birthday Atie.. Tapi x celebrate apa pun.. Family Atie memang x celebrate pun birthday, cuma wish sahaja.. Tapi kalau dapat hadiah, tu kira bonus dah.. hehehe. Biasa memang x de apa-apa..

Ucapan untuk diri sendiri, semoga tercapai apa yang di hajati..

Ni setahun yang lalu.. Birthday Atie tahun lepas kami pergi bukit keluang.. Tiup kek pasir je..


Cerita pasal Bukit Kluang pun x update-update lagi.. Ingat nak update hari ni, alang-alang tengah rajin ni.. Skali tengok, gambar pun x transfer lagi.. Terus hilang mood nak upload.. Hehehe. Sorry