Pages

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

16 Mei, Selamat Guru untuk semua...

Bagi Atie, guru bukan hanya orang yang mengajar di sekolah atau di kolej, tapi guru adalah orang yang mengajar kita tentang kehidupan.. Semua orang adalah guru secara tidak langsung.. Memberi nasihat, tunjuk ajar, menegur dan macam-macam lagi..

Ibu dan Ayah juga seorang guru.. Sejak kita lahir sehinggalah sekarang, IbuAyah sentiasa mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang manusia berguna.. Membakar diri untuk menerangi hidup anaknya.. Terima Kasih Cikgu!!

Sahabat juga seorang guru.. Walaupun sahabat juga yang mengajar kita membuat kerja gila-gila, tapi beliau juga mengajar kita erti sebuah persahabatan, menghargai hubungan, mengenali musuh dalam selimut dan juga erti persaudaraan tanpa ikatan darah.. Terima Kasih Cikgu!!


Walaubagaimanapun, Atie tetap berterima kasih kepada semua guru dari sekolah Taski Al-Falahiah, Sekolah Kebangsaaan Pasir Panjang, Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Kolej Matrikulasi Perak dan UiTM Machang kerana mendidik Atie sehingga menjadi manusia berguna..

Terima Kasih Cikgu!!

P/s : tulisan formal sikit hari ni.. hehehe


Salam Sayang,
Atie

No comments: