Pages

Thursday, February 13, 2020

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey

Assalamualaikum


Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yg pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa


Wednesday, February 12, 2020

Perbaharui Permit Pembantu Rumah

~Assalamualaikum~


Kali ni terpaksa taip kat blog.. Every year asyik lupa je cara untuk renew permit pembantu rumah. Bila letak sini, senang untuk diri sendiri atau orang lain refer walaupun blog tak ter’update’.. hehehe.

Ni cara untuk renew sahaja.. Untuk baru nak register, Atie dah lupa.. Malas la nak ingat balik.. hahaha. Nanti bila perlu nak register baru, baru kita fikir macam mana nak buat.. hahaha. (~sorry~)

Untuk yang nak buat sendiri (jimat woooo~)

1. Daftar pembantu dengan FOMEMA untuk pemeriksaan kesihatan
2. Bawa pembantu untuk pemeriksaan kesihatan di klinik yang telah  di pilih
3. Daftar dengan menggunakan MYEG ke Imigresen
4. Tunggu permit dihantar ke alamat yang anda daftarkan di MYEG.

Step 1 (FOMEMA)
  1. Pergi ke website FOMEMA https://portal.fomema.my/. Login menggunakan password yang sama masa 1st time register.
  2. Ikut setiap Step 1-5.. yang ni x susah pun.. Jangan lupa pilih klinik yang senang untuk kita kunjungi.
  3. Harga untuk FOMEMA ni adalah RM190.00(perempuan) – ada yang kata untuk lelaki dan perempuan harga berbeza.. Yang tu Atie tak pasti pulak.
  4. Boleh buat bayaran secara Online / Kiriman Wang / Bank Draf. Harga berbeza sedikit untuk caj.
  5. Jika buat bayaran secara online, selepas pembayaran , boleh print Salinan “Print Medical Examination Form” dan di bawa ke klinik yang dah dipilih untuk pemeriksaan. Form valid dalam tempoh 30 hari sahaja.
Step 2 (myeg)
  1. Login dalam website myeg https://www.myeg.com.my/. Untuk yang belum ada account, boleh create account.
  2. Klik Jabatan Imigresen Malaysia dan akan keluar Important Notice.

  3. Isi semua yang di perlukan.
  4. Boleh pilih cara penghantaran. Atie biasa pilih 'Delivery'. e-service Centre tu Atie tak tahu macam mana.
  5. Jumlah yang diperlu dibayar. Atie rasa yang ni berbeza mengikut warganegara.
    (warganegara Thailand)

  6. Payment boleh guna credit card atau online banking.
  7. Settle..  Dalam masa 3-4 hari (waktu kerja) akan sampai. Sebab Atie memilih untuk delivery (step 4), pihak Imigresen berdekatan akan datang untuk lekatkan sticker.
Total: RM 190(FOMEMA) + RM1(online charge) + RM595 = RM786

Kalau guna agent, mesti lagi tinggi bayaran.. sebab kena service charge oleh agent tu. So nak jimat, buat sendiri.. Tak susah pun 😊

p/s: Kena settle fomema dulu.. Bila result fomema dah keluar, baru buat myeg.

Monday, May 6, 2019