Assalamualaikum
Tangga 25 Oct 2015, Opah Atie dari Taiping telah pergi menemui penciptaNya.. Tapi keluarga Atie x sempat jumpa dia.. Dia sebenarnya dah lama sakit, tapi beberapa hari sebelumnya dia dah sihat.. So uncle Atie bawa tinggal kat Putrajaya.. Tapi tiba-tiba sakit datang balik dan terus pergi..
Mengikut perancangan, Atie sekeluarga nak pergi melawat pada cuti Deepavali nanti, semua dah pakat-pakat nak jumpa kat sana.. Bila dapat berita Opah makin sakit, kami tukar perancangan nak pergi melawat pada 25 Oct 2015.. Tapi manusia hanya merancang..
Sepatutnya kami bertolak pada pagi Ahad tu, tapi tiba-tiba kami terima tetamu dari Johor.. Kami terpaksa meraikan tetamu dari Johor walaupun sekejap.. Dalam pukul 8.40 pg, kami dapat mesej bagitahu yang Opah dah xde dan akan di kebumikan di Putrajaya lepas waktu Asar.. Kalau kebumikan di Taiping, mungkin kami sekeluarga sempat sampai.. Tapi kalau di putrajaya, memang x sempat.. Abah je pergi dengan flight.. Tapi tu pun x sempat sebab keluarga kat sana tukar perancang nak kebumikan terus selepas Zohor.. Diaorang cakap x baik biarkan jenazah terlalu lama..
Tapi mungkin x ada rezeki Abah untuk berjumpa Opah buat kali terakhir..
Dapat berkumpul bersama *sebahagian je ni
Ni la Uncles dan Aunts sebelah Abah
Bersama pasangan masing-masing, tapi Ummi je xde
Opah!! Sentiasa dalam ingatan..
Salam Sayang,
Atie
1 comment:
Al-fatihah...
Semoga Opah tenang disana bersama org² beriman...
Post a Comment