Pages

Thursday, June 8, 2017

Resepi : Begedil

Assalamualaikum

Bahan bahan:

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa



Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
*boleh juga guna cara merebus sehingga empuk.

Sementara daging/ayam kisar dimasak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang betul-betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Gambar dah siap goreng x ada.. 

Selamat mencuba.

Tuesday, June 6, 2017

Happy Birthday to Me!!

Assalamualaikum


Semalam birthday Atie.. Tapi x celebrate apa pun.. Family Atie memang x celebrate pun birthday, cuma wish sahaja.. Tapi kalau dapat hadiah, tu kira bonus dah.. hehehe. Biasa memang x de apa-apa..

Ucapan untuk diri sendiri, semoga tercapai apa yang di hajati..

Ni setahun yang lalu.. Birthday Atie tahun lepas kami pergi bukit keluang.. Tiup kek pasir je..


Cerita pasal Bukit Kluang pun x update-update lagi.. Ingat nak update hari ni, alang-alang tengah rajin ni.. Skali tengok, gambar pun x transfer lagi.. Terus hilang mood nak upload.. Hehehe. Sorry



Thursday, May 18, 2017

Blog bersawang

Assalamualaikum

Wah… Agak lama dah Atie x update dekat blog ni.. Sedih je tengok blog yang dah bersawang.. Harap lepas kemas sawang-sawang ni semua, Atie rajin la update blog.. Niat dah ada, cuma semangat belum cukup kuat lagi.. 
Atie!! Kuatkan semangat!!!

Lebih kurang 10 hari je lagi nak puasa.. Semua dah ganti puasa ke?
Alhamdulillah tahun ni Atie dapat habiskan awal. Setiap hujung minggu Atie akan ganti puasa.. Kalau hari kerja, rasa malas je.. Nanti kena keluar musim-musim panas ni.. Hmm x larat la.. So Atie ambil keputusan ganti hujung minggu je.. Alhamdulillah, dengan semangat yang gentar Atie dapat habiskan awal dari biasa.. Biasa last minit baru ganti.. kuikuikui

Setiap kali nak masuk bulan Ramadhan, rasa berdebar je jantung.. X tau kenapa.. Excited ke takut ke, x tau nak describe macam mana perasaan ni.. Tapi yang pasti x sabar..

Harap puasa kali ni lebih baik dari sebelum.

Eh, terwish awal pulak.. Nampak sangat malas nak update blog.. Hahaha.

Atie!! Fighting!!