Pages

Tuesday, December 15, 2015

Semalam Result PT3

Assalamualaikum

Macam mana semalam result PT3?? Kepada yang berjaya Kak Atie nak ucapkan tahniah, yang kurang berjaya, jangan berputus asa.. Jauh lagi perjalanan hidup.. PT3 x ada apapun.. Ramai je yang gagal PT3, SPM tapi berjaya dalam hidup.. Yang penting kita mahu berubah ke arah lebih baik..

Bagi Atie PT3 jauh beza dengan PMR.. Kualiti dah x ada.. PMR dulu, student kena usaha sendiri.. Maksud Atie, cikgu-cikgu akan mengajar, memberi latihan dan semuanya atas student itu sendiri.. Kena usaha lebih untuk berjaya.. PT3 sekarang banyak atas bantuan cikgu-cikgu.. Semua cikgu-cikgu yang bagi markah..

Nak tunggu result keluar pun x ada debaran.. Adik Atie dah lama tahu result dia.. Semalam pergi sekolah pun sebab nak ambil result yang rasmi je.. Kalau ikutkan dia malas dah nak pergi ambil.. Dah tahu resultkan..

Sistem pendidikan sekarang makin teruk.. Cikgu-cikgu pun ramai dah complain sebab pening dengan sistem yang sentiasa bertukar.. Dulu, semua nak jadi cikgu sebab boleh balik sekolah awal.. Kerja mengajar je.. Sekarang bukan macam tu lagi.. Cikgu-cikgu pun macam kerja office hour dah.. Lepas mengajar kena masukkan markah dalam system, macam-macam  la kena buat.. Atie x tahu sepenuhnya la pasal tugas guru.. Tapi yang tu selalu my aunty complain..

Atie suka dengan post Norhayari Berahim ni..

So adik-adik yang kurang berjaya jangan sedih-sedih tau!! Yang penting fikir nak makan apa hari ni..


Salam Sayang,
Atie

No comments: