~Assalamualaikum~
Ramai yang tanya macam mana nak register permit pembantu rumah.. Nak buat sendiri, tak nak melalui ejen.. Hari tu Atie ada post 'Cara Perbaharui Permit Pembantu Rumah'.. So ramai la tanya Atie macam mana nak buat sendiri semua dari awal.. Atie memang buat dari awal, register sendiri.. Tapi masalahnya Atie dah lupa cara-cara nak buat. Benda ni 6 tahun lepas, sekarang hanya renew permit je tiap-tiap tahun..
Atie boleh la bagi info sikit-sikit untuk register.. Mungkin boleh tanya detail dengan pihak-pihak yang berkenaan.. Sebab Atie memang lupa step yang perlu buat.. Sorry~
Boleh ke MAID ONLINE untuk mengetahui dengan lebih detail.
Syarat - syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)
Permohonan PRA adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.
Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:
- Indonesia
- Filipina
- Sri Lanka
- Thailand
- India
- Lao
- Nepal
- Vietnam
- Kemboja
Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.
Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.
Pemegang eVisa dan eNTRI tidak dibenarkan untuk memohon SMO.
Syarat - syarat Kelayakan Majikan
Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
- Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian).
- Anak kelainan upaya (tiada had umur).
- Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
- Ibu bapa yang uzur/ sakit atau
- Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).
Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.
Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.
Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).
Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.
Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.
Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.
Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:
- Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
- Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau
- Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia
Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan
Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:-
- Borang permohonan PRA
- Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
- Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
- Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
- Salinan kad pengenalan majikan dan pasangan (suami dan isteri)
- Salinan pasport PRA
- Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Bukti pendapatan tetap suami isteri:
- Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini); atau
- Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran - Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
- Dokumen sokongan mengikut keperluan:
- Sijil kelahiran anak yang berumur bawah 15 tahun;
- Salinan kad pengenalan ibu/ bapa atau ahli keluarga terdekat;
- surat pengesahan doktor dari klinik pakar swasta/ hospital kerajaan.
p/s: Maaf, mungkin info-info ni tak membantu sangat sebab tak terperinci, tapi Atie harap info-info ni membantu untuk mulakan langkah.. hehehe.